Monday, January 19, 2009

jalan2....terjumpa ini...

ReviewReviewReviewReviewBahagia KasihmuNov 7, '08 8:47 AM
for everyone
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatin Nabila
"Aku menanti angin membawa salam kasihmu ke ruang dadaku"


Penulis yg sama utk novel Dakapan Rindu :) Kali ini dia muncul lagi dengan Novel baru Bahagia Kasihmu. RAsanya masa pesta buku antarabangsa yang lalu baru saya tau yang Fatin Nabila dan Nur Hazma adalah orang yang sama. Dua novel Nur hazma yg saya dah baca adalah Bukan Terlarang dan Dialah Di hati. KEdua-duanya sangat menarik :)


Surprisingly ada rasa puas sebaik saja menutup novel ini. Ada yang membuat saya tersenyum. Heroinnya, Tasnim, seorg yang cantik manis tetapi mempunyai sejarah hitam kerana dia pernah menjadi warga sekolah budak2 nakal, Taman Seri Puteri. Di situ dia berubah menjadi insan yang lebih baik.


Fatin Nabila memperkenalkan Puan Zakiah di awal cerita tapi saya tak perasan langsung yang Zakiah yg sama adalah ibu Zarul. Twist yang menarik. Puan Zakiah merupakan org yang sentiasa memberi semangat kepada Tasnim utk meneruskan kehidupan semasa di Tmn SEri Puteri, tetapi apabila anaknya sendiri jatuh hati pada Tasnim, dia membantah sekeras-kerasnya.


Tasnim menyembunyikan kisah silamnya tapi kehadiran Nazril membongkar segala-galanya. Kebetulan pulak Nazril tu adik kepada Needa, menantu pilihan ibu Zarul tapi Zarul tak berkenan kerana ada rahsia Needa yang dia tahu. pakcik Idris seolah-olah memaksa dia memilih Needa kerana ada agenda besar tersembunyi.


Saya suka dengan cara Fatin Nabila mengolah perubahan Puan Zakiah. SEsetengah cerita terlalu mudah seorang ibu berubah fikiran dan menerima menantu pilihan anaknya. Tapi Puan Zakiah menjalani transformasi yang tidak mendadak. Kemalangan yg menimpa dirinya, Kehadiran Ehsan, menantu bukan pilihan menyelamatkan dirinya sehingga diri sendiri lumpuh, kehilangan Zarul, kehadiran Tasnim yang menjaganya melebihi ibu sendiri. Semua itu membuatkan puan Zakiah menyedari kesilapannya dan Zarul tak pernah silap membuat pilihan. Semua perkara ini tidak dipanjang2kan. Ia diceritakan dengan padat dan berkesan dalam beberapa helai muka surat sahaja.


Saya amat tersentuh dengan interaksi Tasnim dan ayahnya ketika di hospital. Mungkin saya teringat kat arwah ayah saya (al-Fatihah). Babak2 akhir memang sedih bangat. Tangkap nangis wo. Saya senang dgn watak Zarul yang bukan pak turut. Dia sentiasa menunjuk protes bila ibunya menyuruh dia berkahwin dengan Needa, malah dia sangat2 berterus terang dengan ibu bapa Needa yang dia tidak menyintai anak mereka. Selalu sangat baca watak hero yg dah suka kat heroin tapi masih nak ikut kehendak ibu bapa kawin dgn wanita lain n then tak berterus terang pulak tu dengan ibu bapa wanita berkenaan atau wanita itu sendiri.


TAsnim-Zarul. Saya paling suka interaksi mereka selepas berlaku salah faham kat gerai rojak. Tasnim marah2 sebab Zarul menghilangkan diri sehingga tak pedulikan ibunya yg terlantar di hospital. manakala Zarul pulak fikir TAsnim tak nak kawin ngan dia sbb dia dah jadi penjual rojak.

Dgn restu keluarga, Zarul cuba memikat Tasnim semula tapi Tasnim tu dah pandai jual mahal. Ikut perancangan Zarul dia mahu bertunang dan berkahwin tahun berikutnya tapi Tasnim mengakui dia tak bersedia. Jawapan yang Zarul tak nak dengar. So Zarul buat rancangan rahsia. Tau2 jer 2minggu kemudian Tasnim dah kena kawin ngan dia.

saya ucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd pembaca yg memberi komen ini. tidak menyangka ada yg memberi sebegini perhatian terhadap karya saya. komen ini bg sy sangat manis sekali. terima kasih krn memberi komen untuk novel Bahagia Kasihmu ini. terima kasih kerana membaca novel2 saya. salam manis buat rinn...

Thursday, January 15, 2009

hakikat hidup....

seorang teman bertanyakan tentang apa yg diharapkan dalam hidup ini, soalan yang kononnya bersempena tahun baru yg baru bermula.... katanya sampai bila mahu hidup begini? usia semakin menginjak, sedangkan diri tetap begitu... (si kwn merujuk pd jodoh)
aduhai, bagi sy soalan itu agak kurang bijak. seolah takdir berada di tangan kita, bagaikan kita yang menulis takdir untuk diri sendiri.. sedangkan hidup ini adalah di dalam ketentuanNya. sejak dari janin lagi, sudah tertulis segala2nya tentang seseorang itu. ajal, maut, rezeki dan jodohnya...
kita disarankan berdoa, memohon yg terbaik dlm kehidupan ini..berdoalah tanpa jemu, jangan mudah berputus asa. selagi nafas terhembus, yakinilah bahawa hidup ini amat bermakna buat diri kita. lakukan yg terbaik untuk sampai ke penghujungnya...
nasib setiap insan tidak serupa. mungkin bernasib baik dalam sesuatu itu tetapi tidak dalam sesuatu yang lain... sesuatu yang amat kita inginkan tetapi tidak menjadi milik kita, mungkin sesuatu yang kita harapkan itu, tidak baik untuk diri kita... ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

sy suka sgt dgn kata2 ini, yg sy ambik dari dlm buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia. redhalah dgn apa yg diperolehi, terimalah pemberian ALLAH apa adanya. lupakan angan2 yg tidak sesuai dgn yg anda harapkan di luar kemampuan...

andai kau berdoa dan doa kau terus dimakbulkan, itu tanda Allah menyayangimu.
andai kau berdoa dan doa kau lambat dimakbulkan, itu tanda Allah mahu mengujimu.
andai kau berdoa tetapi tidak dimakbulkan, itu bermakna Allah merancangkan sesuatu yang lebih baik buat dirimu...bersabarlah...

Friday, January 2, 2009

sekadar berkongsi rasa di hati....

Terbitan Terlaris

Bukan Terlarang

Bukan Terlarang


( Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd )

Harga: RM 35.00




10 BUKU POPULAR

01 Cara Mudah Menjahit Langsir: Jilid 2
02 A-Z Sulaman Manik
03 Aleya Sofia
04 Aksara Kasih
05 Cara Mudah Menjahit Langsir
06 Bisikan Mizan Qistina
07 Bukan Terlarang
08 Kek Lapis Sarawak Jilid 3
09 Merisik Cinta

Selamat Jalan Rindu

menjengah ke blog tintarona, hati diterpa rasa suka melihatkan 10 antara buku yg terlaris di penerbitan ini. BUKAN TERLARANG, novel keempat sy dgn tintarona @ UPND tersenarai antara buku yg terlaris. bagi penulis ikan bilis seperti sy, perkara ini amat menggembirakan dgn novel BT yg berada dalam carta novel terlaris. novel ini terbit pd ogos 2007. setahun lebih sudah berada di pasaran namun masih mendapat tempat dalam carta. syukur padaNYA dan terima kasih kepada tintarona. carta dan gambar novel di atas, sy ambil dr blog tintarona. www.tintarona.blogspot.com



Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

tahun 2008 sudah pun brlalu. thn 2009 kini menjengah. thn menginjak, usia bertambah tetapi apa yang anda perolehi dlm peralihan ini? soalan itu cukup ngilu sekali sy rasakan. 2008 pada sy bagaikan berlalu begitu saja. thn ini saya tidak menyiapkan sebuah novel pun, hanya sebuah novel (bahagia kasihmu) yg terbit pd februari 2008. itu pun manuskrip yg dihntr pd thn 2007. sy amat kesali situasi ini. benarlh masa itu emas dan sy sudah mensia2kan masa. pdahal sy tidak terikat dgn sbrg urusan pun. ini menunjukkan sy tidak istiqamah dalam kerja. saya blh dikatakan malas. berat untuk diakui tetapi itulah hakikatnya. sy slhkan PC sy yg kerp sngt rosak dan lama2 di kedai...hu..hu....teruk kan sy?

insya ALLAH sy akan bayar segala kemalasan thn 2008 dlm thn ini. sy harus kuat semangat. sahut cabaran diri sendiri untuk siapkan manuskrip lebih daripada dua buah dalam tahun ini. moga ALLAH pinjamkan sy lebih kekuatan untuk berkarya dlm thn ini. amin...

sy mengharapkan 2009 membawa sinar dalam hidup sy. moga thn ini lebih baik dr thn2 sebelumnya. moga sy mendapat yg terbaik dlm hidup ini. terlalu byk yg diinginkan dan moga semuanya tercapai...moga rahmat ALLAH sentiasa bersama sy.

selamat tahun baru buat semua.