Wednesday, April 29, 2009

salam manis buat semua

pesta buku antarabangsa sudah pun berakhir. kemeriahannya kini tinggal kenangan. pnjg umur, ada rezeki, kita akan jumpa lg dgn PBAKL thn depan. sy berada di PBAKL pd 25 & 26 april di gerai alaf dan sekejap menjengah ke gerai utusan. . sy dr t'ganu bersama penulis kak dyza ainun & kak indah hairani yg sgt baik hati & sporting. juga adikku za yg manis. ikut samasuasana di pwtc begitu sesak sekali. sy bagaikan tenggelam dlm ribuan manusia.. adui...bagusnya sbb sanggup bersesak d pesta ilmu begitu. PB kali ini meninggalkan kngn yg cukup manis buat sy. sy lbih byk menyain thn ni brbanding dua thn sy berpesta buku. mungkin sbb nvl SDH masih br di pasaran, lalu penggemar buku mengambil keputusan mendapatnya di PB. di sini jugak sy dpt berita gembira, nvl sy Bukan Terlarang sudah diulang cetak kali kedua. syukur alhamdulillah.. nvl sy yg plg tebal terbitan UPND bgitu m'idapat sambutan....

di sini jugak sy btemu penulis dr td'ganu. antaranya anita aruszi dan zuliana abuas. seronoknya sbb satu negeri...lepas ni meriahlah kami semua berpesta buku.. Insya Allah..tp x sempat jumpa dgn rania firdaus (juga dr t'ganu) krn dia ada exam..kita jupe d ganu ya rania...

juga sempat ke rumah kak hani fazuha, dijamu dgn juadah yg sgt best...tq ya kak, layan kita org baik2...terima kasih daun keladi...

















































Wednesday, April 22, 2009


jawab tag hanny esandra.....

1) Nama timangan + family
kak b

2) Anda seorang yang.
tersangat sensitif, hati mudah tersentuh....seorang yg prihatin...


3) Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa...
satu2nya adik saya...

4) Lagu kesukaan sekarang...?
sume yg sedap didengar...xdelah suka sangt2...layan je kala dgr dlm radio...

5) Warna kegemaran...
Purple - biru - hijau

6) Benda wajib dalam handbag...?
Paling penting, dompet, hanphone, alat2 mekap sikit2...

7) Kali terakhir nangis...?
baru jer...hahaha...

8) Tag ramai2 rakan anda...
- rania firdaus - umie samsudin - azrin (ini je yg trlintas kala ni...jawab....

Saturday, April 11, 2009


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...



1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan .
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

sama - sama kita renungkan....................

Thursday, April 9, 2009


jawab tag daripada hanny esandra...sorry dik, lambat selesaikan tugas...


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu



fatin nabila ~ adik sy yg buatkan blog guna nama ni dan saya boleh saja....


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?


fatinnymail.blogspot.com - ringkas dan sgt mudah


3) Apakah method dalam penulisan blog anda?

semua ada, kacau, kalut, sasau, hepi...hahahaha.....


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

tak pernah rasa gitu wlu sesekali mati akal nak update


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

blognya ceria, santai dan simple..macam tuannya kot...kan hanny?


6) Senaraikan calon yang akan di tag:

- kak azah khalida
- kak hani fazuha
- kak meen zulaika
- rania firdaus
- marliana mohd

Saturday, April 4, 2009

novel terbaru saya..............


SYURGA DI HATI

Penulis: Fatin Nabila
Halaman: 512
Harga: RM19.90

ISBN: 978-983-124-431-9

Sinopsis:

AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.

Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan ma ruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah tangga yang bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yang terlalu banyak likunya.




ARIFF dan ERIN. Itulah makna cinta bagi keduanya. Pertemuan yang memutikkan dua perasaan. Mekar mengharum di taman cinta. Seluruh kasih dihamparkan. Selautan sayang direntangi. Demi sebuah cinta, seribu halangan sanggup ditempuhi.


CINTA. Realtinya tidak seindah angan dan seasyik impian. Bukan mudah untuk menggapai bahagia. Kiri kanan, berliku denai kepahitan yang perlu dilalui. Di kala ego berkelana dalam diri, sebuah cinta menjadi taruhan. Di hadapan, belum pasti bagaimana akan akhirnya. Kemanisan cinta dibiarkan bergantungan tanpa kepastian.


Hingga bila aku harus menanti? Aku sudah tidak berdaya bernafas dalam angan-angan. Impian yang kukendong seakan tidak tertanggung lagi. Air mata ini sudah membanjiri kolam hati. Mengapa aku diperlakukan begini? Apa salahku? Mengapa meninggalkan derita ini padaku, sedangkan kau tahu Ariff, betapa aku amat mencintaimu. Sungguh seksa aku mencempung rindu ini. Rindu yang tidak berpenghujung. Andai mampu, ingin aku melupakanmu, ingin aku membencimu. Tetapi aku tidak berdaya. Semakin hari, rindu ini semakin sarat. Setiap detik, kenangan bersamamu menderu di ingatan, sedangkan engkau, entah di mana? Aku sasau kerana mencintaimu. Cinta yang tak mungkin akan mati dalam diri ini.


“Erin, sekuntum cinta yang pernah kita bajai berdua, setiap saat merimbun di hatiku. Cinta itulah yang menjadi penawarku. Betapa aku amat mencintaimu. Sepenuh jiwa, aku amat menyayangimu, isteriku”

Wednesday, April 1, 2009

Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)Terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya tunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.

Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui
rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

*** coretan penuh makna ini sy ambik dr blog kak lily suriani. coretan yg buatkan sy insaf, terharu dan makin menyedari bahawa hidup ini tersangatlah manis. setiap ketentuanNYA adalah yg terbaik buat hambaNYA. redha dan bersyukurlah.

(terima kasih kak lily suriani. sy mintak maaf sebab x mintak izin akak)