Friday, February 26, 2010


bersua lagi...

terima kasih kpd semua yg meluangkan masa bertemu dan berbicara. berkongsi rindu dan cerita...semoga bertemu lagi nanti....syukur pdNya atas pertemuan ini....

Tuesday, February 23, 2010

salam....
menempek carta dari blog tintarona tu dah beberapa hari...tp x tulis apa2 pasal tu...sajalah sy menempek..merangsang diri sendiri kunun2nya..juga sebab sy seronok. BT masih berada dlm carta tintarona walaupun buku tu terbitan 2007....syukur dan sangat hargai pada yang membaca BT..sekian terima kasih (heheh skema pulak kan)

Wednesday, February 10, 2010

baby baru


novel terbaru daripada nurhazma...Restu Suci terbitan tintarona....syukur padaNYA atas kelahiran karya ini....


Tuesday, February 2, 2010

salam,

membaca sinopsis novel terbaru AA, sy diterjah persoalan, oh....soalan yang tidak ada kena mengena dengan nvl AA pun, cuma laras soalan di ruang lingkup yang sama. antara yg melukai dan dilukai siapa yang lebih memakan hati? sy tahu tentunya ramai yg mengatakan mereka yang dilukai lebih terluka dan pedih seluruh jiwa. sy tidak pernah melukai (rasanya la....tak tahulah jika tanpa sedar atau terlepas pandang, sy membuatkan org terluka)..
sy berasa ingin menyelami perasaan org yang melukai, bagaimana ya org yg tergamak berbuat begini? tiada perasaankah mereka yg sebegini? tidak berfikirkah kesannya pd mereka yang dilukai? senangkah duduk hati dan perasaan pabila ada yg terluka kerananya? sungguh kejam pd sy mereka yang melukai....walau apa pun alasan, sy berasa sukar menerima....mereka yang melukai tentunya hati mereka kering tanpa sebarang perasaan. percayalah apa yang dituai, itulah yang akan dirasai. hari ini kita membuat org terluka, esok lusa lambat laun, tentunya akan merasai perasaan yg sama....dalam keadaan mcm mana, anda pasti akan merasainya. ALLAH menilai daripada sekuman kebaikan dan sekuman kejahatan, semuanya akan berbalas....pada yg terluka, anggaplah ini ujian...ujian untuk menguji kekuatan hati dan ketabahan iman. janji ALLAH pada yang melepasi ujiannya adalah ganjaran yang sangat bermakna. percayalah yang pahit akan manis akhirnya. setiap kesulitan akan ada penawarnya di hari depan. ALLAH hilangkan mentari namun digantikan dengan pelangi yang sangat indah....selagi ada nyawa, berdoalah memohon yang terbaik drpdNYA

tahniah kepada aleya aneesa dgn lahirnya novel terbarunya....Aku Mahu Kamu. kepada para peminat AA, pasti teruja untuk mengetahui kisah karya terbaru AA.