Tuesday, September 30, 2008

hati yang terusik

semalam, 29 ramadhan, hari terakhir menunaikan solat terawih bagi ramadhan tahun ini. entah mengapa, kali ini hati menjadi begitu sayu untukberpisah dengan ramadhan, tidak seperti ramadhan2 yg pernah dilalui sebelum ini. mungkin sebab usia yang semakin meningkat dan kesedaran yang semakin dirasai....
terawih malam terakhir ini, juga mencatat sebuah kisah yang meresapkan keinsafan dalam diri. dlm menuju ke surau untuk berterawih, saya bertembung dgn seorang mak cik di kg yg setiap malam menunaikan terawih. mlm ini dia berjln sedikit huyung, sekejap ke tepi dan sekejap ke tgh. mak cik ini kurng upaya penglihatan. sy memimpinnya ke surau. sy bertanyakn keadaannya yg begitu dan dia memberitahu yg dia kurang sihat dan pening2. kata sy, kalau x sihat, x perlulah dtg berterawih, mak cik rehat sajalah. namun katanya dia gagahkan jua untuk ke surau krn malam ini adalah terawih yg terakhir dan dia mahu memenuhkan ibadah terawihnya yg blm pernah ditinggalkan pada ramadhan kali ini. jwpn mak cik itu membuatkan sy terdiam seketika, rasa pilu dan insf dgn alasannya. dlm keadaan diri yg kekurgn dan tidak sihat, mak cik itu ttp mahu berterawih sedgkan betapa ramai mereka yg sihat fizikal dan mental lngsung tidak berterawih. surau yg luas hanya sekerat dipenuhi mereka yg berterawih. semakin hari, semakin susut isinya, bukan semakin ramai. algkah kesalnya sdgkan malam2 penuh rahmat ini terlalu besar pahala yg ALLAH janjikan.
semoga sy akan tetap mampu memenuhkan terawih sy pada ramadhan2 yg akan datng selagi hayat dikandung badan...insya Allah...
semoga manisnya ramadhan, akan tetap dapat kita kecapi pada thn depan...

Wednesday, September 17, 2008

salam...
syawal tinggal beberapa hari lagi untuk diraikan. berasa begitu pantas waktu beredar detik demi detik. di bandar, semuanya sudah meriah dgn suasana hari raya. lagu2 hari raya mula diputarkan di corong2 radio. ada sesetengah lagu yang begitu mengusik jiwa. boleh jadi terharu dibuatnya. saya paling suka lagu m.nasir, satu hari di hari raya. lagu ini benar2 mengalunkan perasaan saya.

persiapan hari raya ala kadar sahaja. saya dari dulu, mmg selamba dan ala kadar sahaja. semuanya serba ringkas sahaja. mungkin sebab terbiasa dari kecil lagi. dulu hidup tersangat susah, hari raya saya tidak sesempurna rakan2. tiada baju baru, tiada kasut baru.. pakai saja yg ada, yg boleh dianggap baru. tetapi tetap terserlah 'bukan baru'nya di kalangan rakan2. nak buat macm mana, hanya itu yg ada dan mmg x mampu untuk memiliki lebih daripada itu.

itulah kenangan yg x pernah luput dari ingatan. syukur dgn keselesaan yg ALLAH berikan kini. tidak lagi sesukar dulu biarpun tidaklah mewah, tetapi tidak juga susah. nostalgia kepahitan lalu, tetap manis dikenang kini. benar kata kak dyza ainun, kemiskinan lalu terlalu indah. indah sebab daripada kepahitan itu, kita membina azam demi kehidupan hari ini. kemiskinan yg memberi kekuatan. kepayahan yg mengajar erti ketabahan dan kesabaran. sekurangnya ada perubahan daripada kesusahan yg lalu...

buat semua, saya ucapkan selamat hari raya aildilfitri. mohon maaf zahir dan batin. semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNYA.

Monday, September 8, 2008

HANYA SEBATAS INI,karya Indah Hairani terbitan Buku Prima. Novel ini saya hayati dgn sepenuh perasaan. Jalan cerita yg begitu membekas di hati dan jiwa saya. Menghayati novel ini, sy berasakan Qaseh (wtk utama nvl ini) adalah sy. Qaseh adalah isteri yg baik, ibu yg penyayayang, teman yg memahami,boleh dikatakan dia terlalu sempurna sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu. Tetapi kesempurnaan yg dikagumi teman2 itulah membuka pintu duka buat Qaseh.Moral daripada cerita ini, kdg2 terlalu sukar untuk memiliki kesempurnaan itu sekali gus. Itulah yang terjadi pada Qaseh.Tanpa sedar, Qaseh sendiri yg membuka pintu duka buat dirinya. Perasaan yang tercurang (boleh ke perkataan ni?) di bawah sedar, tidak cuba dibendung sekuatnya hingga berlanjutan terhadap Rani Ramdani membuatkan Qaseh berasa bersalah pada suaminya. Perasaan bersalah itu yg menjadikan emosinya kacau bilau. Hingga tercetus segala yg tidak akan diduga pembaca. Daripada awal hingga akhir, novel ini begitu menggoda perasaan saya untuk terus menghabiskan. Penyudah novel ini memang tidak terjangka, tetapi itulah realiti hidup ini. HSI mampu membuatkan pembaca diamuk pelbagai emosi.

Saya syorkan mereka yang bergelar isteri membaca HSI. Bukan bermakna mereka yg belum kahwin tidak boleh baca, tetapi buat mereka yang bergelar isteri, pasti sedikit sebanyak, ada antaranya yang berjiwa serupa Qaseh. Hayatilah sepenuhnya HSI.

Monday, September 1, 2008

SALAM RAMADHAN

Salam buat semua....
Bulan puasa sudah pun tiba. Ramadhan yang mulia. Bulan penuh keberkatan dan kerahmatan. ALLAH janjikan pahala yang berlipat ganda buat hambaNYA yang melipat gandakan amal ibadah di bulan mulia ini. Terlalu banyak kesempatan yang boleh direbut dalam bulan ini.
Jangan membazir! Ayat ini popular benar dalam bulan ini. Apa tidaknya, bulan puasa ni, macam2 yg kita plan nak makan waktu berbuka. Bila pergi di bazar Ramadhan tu, semua nampak sedap. Semua nak dibeli. Waktu berbuka, makannya tak banyak mana pun... Jadi jangan membazir. Jangan turutkan selera mata sebab tangki perut yg nak diisi tak besar mana pun...
Jgn lupa ibadah terawih. Setahun sekali saja kesempatan ini bertandang. Rebutlah kesempatan ini sebaiknya kerana belum tentu manisnya Ramadhan seterusnya mampu kita miliki.
Selamat menjalani ibadah puasa. Selamat berbuka dan bertarawih...