Sunday, November 30, 2008

rumah hijau saya

ramai yg memuji rumah baru saya ni...indah dan menyejukkan pandangan. ermmm.....memang saya suka warna hijau. pokok2 hijau mmg menyenangkan mata. rumah baru saya ni hasil binaan bikash, teman yg sgt baik hati. rajin dia menolong saya. dialah yg banyak tolong saya buat rumah. rumah dulu dia jugak tukangnya. terima kasih bikash...tak jemu dia membantu sy yang payh faham ni....lain kali saya mintak tolong lagi ya bikash....he..he...
salah siapa?

hari ini saya temankan kwn yg menjadi bendahari sebuah persatuan untuk mengeluarkan wang di bank. org agak ramai dan lama terpaksa menanti nombor giliran. saya dan kwn sempt lagi jelajah kedai2 berdekatan dan kami beli kain psg sepsg seorng. pergi semula ke bank, giliran nombor kwn saya. ermmm....pandai kami set masa.

di kaunter, kwn saya ditegur dgn agk kasar kerana katanya cara kwn saya hendak keluarkan wang itu salah dan tidak menepati etika pengeluaran wang sesebuah persatuan. kata kwn saya selama menjadi bendahari dgn cara itulah dia mengeluarkan wang. tandatangan dua ahli persatuan diambil termasuk kwn saya tu. seorg ahli lagi hanya tandatangan dan tidak perlu dtg. cukup dgn seorang berserta cop persatuan. alih2, hari ini kata si kerani itu, tidak boleh dan tidak kena cara mengisi borng. terkedu kwn saya kerana selama ini okey saja dia keluarkan duit dgn kaedah yg sama.

lagak si kerani itu memberi penerangan dgn muka yg masam seolah kwn saya itu bingung dan tidak tahu langsung kaedah pengeluaran wang. sepatutnya sebagai kakitangan, dia memberi penerangan dgn cara elok. saya yg berada di sisi kwn saya jadi naik angin dgn tingkah kerani itu. lalu saya tanyakan prosedurnya dan dia menjawab dgn kasar dan acuh tidak acuh. naik angin saya dan percakapan pun jadi kasar/tidak bersopan dek amarah.

kerani itu memanggil seorang kakitangan dan meminta memberi penerangan pada saya. katanya dulu mmg boleh dgn cara begitu tetapi kini bank berkenaan dinaik taraf dan byk peraturan diketatkan. dia memohon maaf atas kesuliutan.

kami berkedar dgn perasaan yg kelat lantaran kurng puas hati. begitu pun sy masih smpt ucpkan terima kasih kpd kakitangan yg memberi penerangan itu. geram saya masih berbuku. hingga akhirnya, saya berfikir sendirian, salah siapa sedikit pertelingkahan yg tidak terjangka itu? barangkali jika si kerani menerangkan dgn elok, saya tidak akan naik angin. barangkali jika saya tidak mudah marah, dia tidak akan menunjukkan sikap yg demikian. ermm....sy kesal krn mudah sgt naik angin. tapi kata kwn saya, kerani itu yg salah kerana tidak mesra alam. apa pun, saya berasakan tidak sepatutnya ini yang berlaku. benarlah sabar itu kekuatan iman. dan saya mmg kurang sabar....inilah kelemahan diri saya....

Friday, November 21, 2008

salam buat semua

syukur sbb sy masih menulis di blog ini. mulanya blog ini hlng tanpa jejak sewaktu sy cuba mendekonya (betul x perkataan ni). frust sgt2, sy bina blog baru dan sempt jugak beri alamt emel pd beberapa kawan. kpd teman2 yg sy beri alamt baru tu, maaf banyak2....pengalaman ini mengajar sy agar lebih hati2

Sunday, November 16, 2008

jiwa kacau, hati bercelaru

Akhir2 ini jiwa saya seakan kacau, fikiran pun bercelaru. serba tidak kena sesuatu yang dibuat. hendak memakai toner muka, tercapai botol minyak rambut (wrna dan bentuk botol lebih kurang sama). hendak pakai krim siang terambil krim malam. mahu pakai krim siang, tercapai krim malam. paling haru, semuanya sudah disapu ke muka baru perasan kesilapan semua ini. aduii...
tambah pening fikirkan monitor saya yang dihantar ke kedai untuk dibaiki, sudah hampir tiga minggu lamanya. tiga minggu lamanya saya tidak menyentuh sebuah manuskrip yang sudah siap, cuma mahu edit kali terakhir dan hantar kepada penerbitan. jiwa sy sudah meronta2 untuk menghantar manuskrip itu...ada pula aralnya. entah bila akan siap. sudah terlalu lama rasanya sy menunggu. penantian mmg satu penyeksaan...

Saturday, November 15, 2008


sekitar di majlis pertunangan nor dan alaq. alaq ni kwn sy dari sekolah rendah smp tua ni....tak sangka jumpa jodoh sekampung. buat nor dan alaq, semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.