Friday, August 19, 2011


assalamualaikum.... selamat menjalani ibadah puasa kpd semua pengujung blog FN...ada ke tidak pengunjung di blog yg selalu terpadam...hanya sesekali menyala. tuan blog sungguh pemalas mahu update blog...bilalah aura rajin menulis blog Aleya Anessa mahu meresap ke dalam diri saya ni..hahaha. hari ni rajin pula saya mahu menyinggah d blog sendiri yang bersawang. sebabnya sy baru shj pulang dari blog AA, teman saya yang sangat saya suka baca blognya.

bulan Ramadan sudah hampir ke penghujung. alhamdulillah, saya merasakan ibadah puasa kali ini lebih baik dari tahun2 nan lalu. memang sepatutnya itu yang kita rasainya kan? agar Ramadan terbaru memberi pulangan yang lumayan utk kita di akhirat kelak. ada saya baca satu kisah islamik, katanya biarlah Ramadan yang kita lalui .kita merasainya sebagai Ramadan yang terakhir. tahun2 akan datang, andai bukan kematian menjemput, belum tentu kita punya kesempatan utk melaksana puasa di bulan mulia ini. mana tahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan atau ada aral yang melintang. justeru, manfaatkan Ramadan yang dilalui ini sebaiknya. semoga kita mendapat keberkatan daripadaNya. amin.


rezeki Ramadan nan berkat, novel terbaru saya Setia Hujung Nyawa diulang cetak. novel yang terbit pertengahan bulan Julai 2011 diulang cetak pertengahan Ogos 2011. paling bermakna di bulan Ramadan ini untuk saya. syukur alhamdulillah. saya begitu terharu sekali. kesukaran menyiapkan SHN kini berbayar. terima kasih kepada pemilik alam semesta ini yang memberikan rezeki ini.