Monday, March 30, 2009

seronoknya hatiku......


29 march 2009...

awal pagi terima sms drpd kak hani fazuha...'tahniah, syurga di hati dah kuar.' eh..eh...terujanya sy bc sms kak hani. iyalah....dah lama tunggu 'baby' sy itu terbit. bls sms kak hani tanya tngok kat mana, katanya dalam metro hari ini. apa lg sy yg kebetulan nak ke pesta buku t'ganu dgn kak azah khalida, terus beli metro. nvl sy syurga di hati kembar dgn nvl ceritera rindu - leeya myra dan syair cinta - intan arnida. riangnya hati sepanjang hari ini....semoga santapan cinta erin dan ariff...menghiburkan para penggemar novel...

Tuesday, March 24, 2009

salam

sy menghitung hari menanti novel terbaru yg akan terbit. terujanya hati hanya Allah yg tahu. novel kali ini dirasakan amat bermakna. novel yg paling cepat sy siapkan. jalan ceritanya terakam di minda babak demi babak. SYURGA DI HATI tajuk novel sy akan bertamu tidak lama lagi.

akhir2 ini, saat jiwa kacau dan hati menggelisah, byk pulak idea yg datg. byk cerita yang singgah di kepala. begitu dan begini, jalan2 cerita yg menyentuh jiwa. sy bila hati walang, jiwa tidak menentu, tgn sy jadi sgt laju menaip. bagaikan air hujan idea dtg. kata kwn sy, 'kau kena sedih sentiasalah gitu, agar rajin menulis dan menulis..hehehe...sy kira ramai penulis yg serupa ini. menulis perlukan emosi. saat emosi bergelimpangan, fikiran juga jd bercabang2. menulis mungkin satu cara melepaskan tekanan (benarkah ada juga penulis lain gini)

sy sedg gigih menyiapkan manuskrip. hrpnya dapatlah mencapai date yg sy tetapkan (biarpun date asalnya dah melepas). harapnya azam sy untuk sahut cabaran diri sendiri, siapkan 3 mss dalam tahun ini tercapai. insya Allah... ini adalah rezeki, maka sy harus berusaha kuat demi mneruskan kelangsungan hidup. kepada Allah, sy mohon moga sentiasa diberi kekuatan dan idea untuk terus berkarya.


Wednesday, March 18, 2009

NILAI BUDI

salam....

lama benar sy tidak upadate. xde cerita untuk dikongsikan...tgh berdebar menanti novel k3 bersama alaf21...mcm mana covernya? hehehhe...terfikir2 sy sendirian. tp sy bukan nak berkisah mengenai novel sy yg akan terbit nanti. menerjah ke blog rakan2 penulis, sy sekadar membaca kala berkisahkan mengenai budi. sy hanya mmbaca tanpa perasaan situasi si penulis yang menulis dgn penuh perasaan. kali ini sy terkena dgn situasi yg sama ,sakitnya tidak terkata...benarlah kita menolong dgn ikhlas dan luhur. tidak sekali minta dibalas, jauh sekali agar disanjung dan dipuji. cukuplah sekadarnya. bg saya nilai budi dan kebaikan org itu amat berharga. sebab itu sy amat menghargai mereka yang berbuat baik pd sy. kata kwn rapat sy, sy terlalu naif dlm menolong org padahal org tak pun hrgai sy. sy sekadar tersenyum, bg sy apa yg sy lakukan jujur. bukan mintak dibalas.

tetapi bila sekali sy minta tolong pada org yg berkali-kali sy tolong, tapi sedikit pun tidak dilayani padal permintaan sy sgt remeh berbanding pertolongan sy padanya yg tanggapan orang 'kerja bodoh'. apa slhnya sy membantu mereka yg susah biarpun dilabel mcm org suruhan...selagi bg sy tidak membebankan, no hal bg sy....

sy mmg terluka, saat sy amat mmerlukan, sy tidak dikasihani padahal sy pernah menolong dia dalam perkara yg sama. kwn baik sy hnya tertawa dan menempelak 'padan muka kau. tolonglah lagi. murah ht sangat, hah..sekarang dia sikit pun tak endahkan kau'

sy faham sgt2. kita berbudi bukan utk dibalas tetapi bak kata pepatah, org mmberi kita merasa. org berbudi kita berbahasa. buat baik dibalas baik tetapi jika sebaliknya...hanya Allah yang tahu sakitnya. sy mmg langsung tidak faham dgn perasaan org serupa ini yg bagaikan tidak punya perasaan. tiada rasa sebuah perasaan...sekurngnya bila jd begini, sy tahu org ini mcm mn...

sy tetap sabar dan senyum dalam kelukaan...huhuhu....

Wednesday, March 4, 2009

salam...

takde cerita terbaru pun, saja nak cerita pasal kucing kesayangan yang baru dua bulan lebih dibela. kucing ni jiran yg bagi. tengok kucing ni lawa jer, sy yg tak suka kucing jadi macam suka, mulanya sebab simpati. lama2 jadi suka sebab kucing tu nakal dan manja sgt2...asyik nak bermanja saja. adik sy pun suka sgt ngan kucing ni. fieda mesti suka tengok ni...mesti fieda rs mcm nak menari cak pong2 sebab suka hati...hehhehe...sory ya fieda...