Saturday, November 7, 2009


tahniah buat sahabat saya yang sangat baik hati, BNI atas lahirnya novel terbaru beliau. CDL tajuk yang sangat meriah pada saya. muka depan pun sgtlah cantik. buat semua penggemar novel terutamanya peminat yang menantikan karya BNI, dapatkan CDL yang akan menjengah pasaran tidak lama lagi....

Wednesday, October 28, 2009

assalamualaikum...

sesekali singgah membersih rumah yg berhabuk dan bersawang ini. sebetulnya sy tidak tahu apa yg hendak dicoret. sy seorang yg suka merapu dan merepek, tetapi bila mahu tulis blog, sy jadi mati akal...terutamanya tiga empat menjak kebelakangan ini. segala mcm warna perasaan sedang menghimpit diri. marah, sedih, gembira, ria segalanya bercampur aduk. agaknya apa yg jdi dari campuran segalanya ini? ahakkksss...sy sendiri pun tak ada jawapan...

mss masih berjalan, sesekali laju, sesekali teramat perlahan. sy semakin bimbang tak mampu siapkan sebelum 2010..sy tak mahu kalah pd diri sendiri...sekurangnya sy perlu gapai impian ini, sahut cabaran diri sendiri...hehhe..mcm bersemangat sajakan bunyinya....sy seronok ke blog AA, membaca coretan aleya yg membuatkn sy terhibur membacanya..ke rumah fida yg harmoni dgn warna perasaan..hahhaa..

hanya ini n3 sekadar utk perbaharui blog. rindu sebenrnya utk menulis di sini...


dalam sepi ada gelisah
warna sebuah perasaan yg tidak terungkap
ada sedetik rindu yng sesekali menyapa
biarpun entah pd siapa
pada kenagn semalam yg tak mungkin kembali
pd memori lalu yg sudah berabad menjadi sejarah

kuhimpun rindu yang sentiasa hangat
kupintal membentuk gumpalan
kupasrah pada harapan yg kian menjauh
kureda pada suratan yg tertulis
segalanya kuterima dengan hati terbuka
sesungguhnya sebaik rindu adalah padaNya
yang bisa memberi ketenangan abadi...

senyumlah demi rindu ini
sebuah persembahan yg abadi...


Friday, October 23, 2009

Perkahwinan usia remaja

Oleh Nur Azzureen Nor Hisham
bhsastera@nstp.com.my

Tanpa teduh dugaan melanda akibat tiada restu ibu

SYURGA Di Hati menghanyutkan pembaca dengan tren remaja kini yang cenderung melayari bahtera perkahwinan pada usia muda dalam usaha membuktikan keutuhan cinta mereka meskipun sedia maklum terlalu banyak liku yang terpaksa disedari.

Fatin Nabila selaku pengarang novel ini menampilkan Erin, anak bongsu daripada keluarga berada buat pertama kali dalam hidupnya jatuh hati pada pemuda yatim piatu dan rakan sekolejnya, Ariff, meskipun sedar ibunya, sudah merancang jodohnya dengan Shakir.

Erin ditampilkan sebagai gadis tidak bersopan pada pertemuan pertama hingga menyebabkan Ariff berdendam dengannya dan pertemuan berulang kerana kebetulan pemuda itu juga teman rapat datuk Erin yang sering dikunjunginya kerana menumpang kasih.

Ariff yang sering mengisi masa lapangnya dengan berkunjung ke rumah atuk, juga sering berjoging dan memancing bersama-sama, manakala Erin pula kerap mengunjungi atuk dan neneknya dengan niat menemani mereka, selain ‘mencuri’ kesempatan untuk bertemu Ariff.

Masa yang terlalu banyak diluangkan bersama-sama, menerbitkan rasa kasih di hati masing-masing sehingga jiwa remaja mereka menafikan kepentingan darjat dan usia dalam melayari bahtera perkahwinan.

Penulis mendalami perasaan sebenar perasaan kedua-dua pasangan muda yang sedang bercinta sehingga rasa pedih, sakit, gembira, sayu, kelakar dan pengorbanan berjaya dilakar dengan sempurna.

Seperti biasa, hidup tanpa cabaran tiada serinya dan setiap langkah perjalanan pasti ada saja dugaan yang mendatang, tetapi senyuman yang terukir mustahil berseri, jika onak ranjau tidak berjaya diatasi dengan sempurna.

Perkahwinan Erin dan Ariff ditentang sepenuhnya oleh ibu gadis itu kerana mahu memegang janjinya untuk berbesan dengan teman baiknya mengakibatkan derita melanda bahtera pasangan muda terbabit.

Ibunya tetap berkeras agar Shakir dan Erin disatukan meskipun selepas Erin bernikah dengan Ariff, kerana bagi wanita itu dirinya terlalu matang untuk membezakan antara kaca dengan permata, sehingga enggan membuka ruang dalam dirinya bagi mengenali hati budi menantunya itu.

Pelbagai cemuhan dilontar ibu Erin dan Ariff hanya mampu bersabar kerana sedar dirinya tiada kemampuan memberi kemewahan kepada seorang puteri bongsu dan hanya kasih sayang serta cintanya menjadi taruhan. ‘

Bagaimanapun, kesabaran dan ego Arif sebagai lelaki tercabar dan bisikan syaitan mula menguasai diri sehingga minda gagal dikawal dek perasaan yang membuak-buak, lalu rumah tangga mereka mula berantakan di samping krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara remeh.

Pengarang menimbulkan kegelisahan pembaca dengan tindakan Ariff menghilangkan diri berbulan-bulan tanpa meninggalkan pesan sehingga mendera dirinya dan juga isteri yang sedang berbadan dua.

Erin yang berbadan dua benar-benar memerlukan sokongan daripada suami, lebih-lebih lagi dengan pengalaman pertama untuk bergelar ibu, tetapi ibarat mengharapkan hujan pada musim kemarau, Ariff tetap tidak muncul dalam hidupnya.

Pembaca pasti terkejut apabila mengetahui rahsia di sebalik apa yang terjadi kepada Ariff, meskipun pada awalnya menganggap kisah novel ini sudah terlalu biasa, tetapi gaya penulisan pengarang pasti memegunkan.

Keseimbangan gaya penulisan yang memberi ruang kepada pembaca untuk menjiwai watak Erin yang kadang kala agak gila-gila di samping usaha pengarang menyelitkan beberapa unsur jenaka menjamin kepuasan selain bahasanya ringkas lagi mudah difahami.

INFO: Syurga Di Hati

· Pengarang: Fatin Nabila

· Tebal: 504 halaman

· Harga: RM19.90 senaskhah.

· Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd.

· Bintang: *** (tiga bintang)

*******artikel ni dah lama, dah basi. kuar dalam akhbar berita harian beberapa bulan yg lepas. entah knp berasa ingin menempeknya..suka dan amat berterima kasih pada pengulas novel ini.



Friday, October 16, 2009


sekarang ni mud menaip sangatlah baik. laju saja sy melakar ayat demi ayat. cerita ini memang dah lama terakam dalam kepala (tapi amik masa nak siapkan tetap berkurun, hehehe). sajalah saya menempek gambar si manis di atas tu. itu adalah teraju utama dalam novel yg sedang sy siapkan ini. sewaktu idea cerita ini dtg, memang gambaran lyana yang terimbas. wajah dialah yang terlayar di minda kala cerita ini sy lakarkan. heronya...entahlah tak dapat bayangkan, hanya wajah heroin yng tergambar. heronya mungkin fahrin ahmad, zulhuzaimiey..hahaha..sy peminat drama2 melayu, maka teraju cerita2 sy adalah wajah melayu...



salam..

awal pagi mood baik2 shj nak update blog. my lappy ini baru sj kuar wad. empat hari lappy ini takde depan mata, hati jadi tak senang. padahal bukan rajin sangat menulis mahupun perbaharui blog. tapi memang rindu sangat2 pada lappy ini. saya sebenarnya tak boleh hidup tanpa lappy ini. inilah peneman sepi dan resahku..ahakss...

p/s gambar atas tu untuk fida...cerdik kan kucing tu..hehhee..

Thursday, October 8, 2009


assalamualaikum...

lama sangat rasanya tak update blog. dah bersawang dan berhabuk sgt2...entah kenapa malas sangat nak update. tak tahu nak cerita apa kat sini. padahal bukan tak ada cerita yang nak diceritakan... tuan blog sendiri pun sebenarnya cuak jugak, bila buka blog, tak ada n3 terbaru. sebab tu sy menulis n3 ini walau tidak tahu apa nak diceritakan...

sy baru saja siap sebuah manuskrip dan sedang menyiapkan satu lagi manuskrip lain yang sudah berabad mulakan menulis. lambat macam siput untuk siapkannya. entah kenapa, mood menulis begitu layu tahun ini...angan tinggi melangit tetapi tangan yang melakar seakan tidak bermaya.

harapnya manuskrip yg sedang disiapkan ini akan dapat disudahkan secepatnya. nak juga sama langkah dgn kwn2 sy yang sudah siapkan manuskrip...bersaing secara sihat...
sy akan berlari selaju2nya selepas ini..hrp smp ke garisan penamat tepat pd waktunya...ahakss...


Thursday, September 10, 2009

CARA CARI MALAM LAILATUL QADAR
PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.


Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA