Tuesday, June 28, 2011

assalamualaikum


n3 kedua di bulan julai. wah rasa macam rajin bebenor sy menulis blog bila gini. ingin sy melakar suara hati di sini. suara hati yang mencengkam yang tidak terluah melalui kata. berchating dgn kawan, dia berkisah kepayahan lalunya dan air mata sy menitis dgn lajunya bagaikan hujan yang sgt lebat. berbicara mengenai masa lalu, sy pejam mata dan membiarkan air mata jatuh berderai. hati dan perasaan tika itu, tidak mampu dizahirkan. rasanya masa lalu (zaman kanak2 / remaja) sy tiada manisnya. hidup yg suram dan kelabu... walau ada tikanya pasti ada manisnya, namun sy lebih ingat dan dekat pada kepahitan...entah mengapa sy berasa lbh dekat ngn kelukaan dalam zaman remaja / kanak2 sy.


hmm...bukan mahu bermuram durja, tapi sesekali mengenang kepahitan lalu, membuatkan jiwa ini lbh kuat dan tabah saat membanding hari lampau dan masa kini. terima kasih atas rahmatNya pada hari ini. namun kepahitan lalu adalah khazanah bermakna. yang mengajar sy banyak perkara dalam hidup ini. liku yang bercabang-cabang sy lalui dgn.....kehidupan hari ini adalah dari denai dan onak duri. dan pemberianNya sgt bererti. DIA tidak mensiakan hambaNya. terima kasih Allah.


sy masih terbawa syahdu oleh cerita kawan. dan sy nampak situasi yg sama dalam diri sy bertahun nan lalu. hmmm....kepahitan dan kelukaan yang tetap terasa dan kdg2 menghantui...terutama kala ada yg berkisah hal yg sama. oh, sungguh emosi malam ini...sambil menaip sy mengelap air mata....hahaha.


n3 malam ini sedih...hihi..sekadar berkongsi apa yg dirasai. semalam adalah kenangan. hari ini kenyataan dan esok...semoga sinar lebih menerangi...amin

No comments: