Saturday, June 25, 2011

assalamualaikum...

n3 terkahir pada bulan januari. kini jun sudah ke punghujung dan julai bakal bertamu beberapa hari sahaja lagi. begitu lama saya tidak perbaharui blog. azam mahu menulis di blog lebih kerap hanyalah impian dan angan kosong. benar-benar saya sangat malas. tidak rajin macam kawan saya aleya aneesa yang rajin sekali menulis blog dan saya adalah salah seorang pembaca setia blognya. sungguh kesal saya dengan kemalasan ini...tapi saya percaya, selepas n3 ini, blog ini akan kembali berwasang....aduhai....kala virus M menyerang...

ingin menulis dan mencatat, tetapi saya bagaikan beku. tidak tahu apa @ bagaimana mahu diceritakan. sedang hari-hari dilalui, ada sahaja pahit manis yang boleh dijadikan cerita. mungkin juga saya mulai kehilangan idea untuk melakar ayat demi ayat menjadi sebuah kisah....tanda penuaan yang semakin nyata ya? hahahaha
novel terbaru saya, dwilogi cinta bertajuk Simpan Rasa Hati terbitan Fajar Paker, terbit pada bulan April 2011. kelahiran 'baby' yang selalu mengujakan saya. ceritanya agak lain, gaya penulisan yang agak berbeza dengan penulisan saya sebelum ini. gayanya ala-ala budak-budak remaja...hahaha...harap-harapnya percubaan ini diterima ramai. saya percaya ramai yang tersengih kala menatapnya sebab saya juga berper
asaan demikian sewaktu menulisnya. mahu senyum dan hati bagaikan hangat dengan tingkah akash yang membuatkan Kyra kerap kali masam, manis dan pahit dengan tingkahnya. kepada yang mengikuti novel-novel saya sebelum ini, sudilah membaca SRH... sebuah kisah kasih yang tentunya mencuit hati...hiksss....(macam bagus pulak saya mempromosi novel saya)


SINOPSIS Simpan Rasa Hati

Hidup Kyra sarat dengan angan-angan. menyulam mimpi mahu jadi Cinderella. gadis biasa yang dilamar Prince Charmingnya. hidup bahagia sehingga ke akhir nafas. lalu dia memburu mimpinya. mengharap hadirnya seseorang sebagaimana yang dimimpikan.

hadirnya Akash seumpama mimpi. tiba-tiba sahaja lelaki itu berada dalam hari-harinya. Kyra menyampah, meluat dan jelek. mengharap mamat itu berlalu daripada hidupnya. tetapi semakin mendekat pula.



**** Jika ada yang sudah membaca, sudikanlah komen2....boleh emel atau komen sahaja d FB saya. sekian, terima kasih.


*** mood -debar menanti julai...ahakssss

2 comments:

Novelis Aleya Aneesa said...

kawan awak yg bernama aleya aneesa tu,mmg suka membebel dn itu mmg x dpt disangkal lagi. tp melihat ada n3 baru di blog awk, sy senyum meleret sb sy dh lama menanti n3 baru awk tau. bkn seorang je yg baca blog sy,sy pun pembaca tegar blog awk wlupun ada masa2nya x de n3 baru...;-)

Fatin Nabila / Nur Hazma said...

hehehe...bebelan AA yg ramai suka membacanya. bebelan yg ada isi2nya...ada perisa yang pelbagai....hahaha. besarnya hati saya awak sudi singgah & baca blog saya.... terima kasih byk2..