
Saturday, February 13, 2010
Wednesday, February 10, 2010
baby baru
Tuesday, February 2, 2010
sy berasa ingin menyelami perasaan org yang melukai, bagaimana ya org yg tergamak berbuat begini? tiada perasaankah mereka yg sebegini? tidak berfikirkah kesannya pd mereka yang dilukai? senangkah duduk hati dan perasaan pabila ada yg terluka kerananya? sungguh kejam pd sy mereka yang melukai....walau apa pun alasan, sy berasa sukar menerima....mereka yang melukai tentunya hati mereka kering tanpa sebarang perasaan. percayalah apa yang dituai, itulah yang akan dirasai. hari ini kita membuat org terluka, esok lusa lambat laun, tentunya akan merasai perasaan yg sama....dalam keadaan mcm mana, anda pasti akan merasainya. ALLAH menilai daripada sekuman kebaikan dan sekuman kejahatan, semuanya akan berbalas....pada yg terluka, anggaplah ini ujian...ujian untuk menguji kekuatan hati dan ketabahan iman. janji ALLAH pada yang melepasi ujiannya adalah ganjaran yang sangat bermakna. percayalah yang pahit akan manis akhirnya. setiap kesulitan akan ada penawarnya di hari depan. ALLAH hilangkan mentari namun digantikan dengan pelangi yang sangat indah....selagi ada nyawa, berdoalah memohon yang terbaik drpdNYA
Thursday, January 21, 2010
Jangan mencari terlalu sempurna
JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang





