Tuesday, April 13, 2010


assalamualaikum...
lama sungguh tidak melakar kata di sini. sudah berhabuk dan bersawang rumah comelku...hihihi...asyik berFB sehingga kehilangan kata untuk menjengah teratak ini. benarlah semangat hanya marak tika baru dan segalanya akan pudar dibawa waktu. mood menulis juga begitu....dan barangkali juga semuanya...

sebetulnya tiada sangat cerita untuk merapu di sini. sebab lama tidak menulis di sini, sy mahu segarkan dengan n3 baru....tanda blog sy ini masih ada, masih hidup dan bernafas...heheheh.....tahun 2010 sudah hampir setengah tahun. sy masih ditakuk lama, tiada kemajuan...mss masih bergerak dengan perlahannya dan sy berasa kesal dengan diri setiap kali menulis....sepatutnya semakin menginjak tahun, kita semakin maju....aduhai.....

tidak semua yang kita impi, akan kita perolehi. bersungguh kita mahukan namun jika memang takdir bukan berpihak pada kita, sekuman tidak akan mendekat. bersungguh kita menolak namun kiranya mmg takdir kata ianya mmg untuk kita, akan bisa kita miliki. hmmm.....kemahuan akal dan kehendak hati, kadang-kadang berlawanan. tepuk dada tanya iman.....

bersyukurlah dgn apa jua pemberianNYA krn itulah yg terbaik untuk kita.....pandang ke bawah melihat rumput di bumi, renung ke atas menikmati keindahan.....semuanya adalah kehebatan Yang Maha Agung. alhamdulillah....




Wednesday, March 31, 2010

gambar2 masa PBKL baru2 ni...sangat seronok jumpa kawan2...semua ni cilok daripada blog kawan2...


Tuesday, March 16, 2010


baby terbaru saya....Manisnya Alunan Rindu...insya Allah akan berada di pesta buku antarabangsa KL 2010.....cinta kita umpama pelangi, munculnya sesudah hujan...

Wednesday, March 10, 2010







dah lama x update...xde cite nak menulis...tepek je gmbar2 yg sy suka n rs menarik utk hidupkan rumah yg bersawang dan berhabuk....sy sngt suka tengok dr fazley n isterinya...hihihi.....

Friday, February 26, 2010


bersua lagi...

terima kasih kpd semua yg meluangkan masa bertemu dan berbicara. berkongsi rindu dan cerita...semoga bertemu lagi nanti....syukur pdNya atas pertemuan ini....