Tuesday, August 26, 2008

salam kenal buat semua....
Akhirnya saya punyai juga blog sendiri. Serasa berhempas pulas untuk membina blog ini. Saya memang langsung tidak berkemahiran untuk membuatnya. Memang betul-betul kayu...saya hanya tahu menaip dan menaip sahaja. lain-lain memang hampeh.

Terima kasih yang teramat-amat sangat buat Bikash Nur Idris, teman yang membina blog ini untuk saya. Blog yang adik saya tolong buatkan berkali-kali ghaib tidak dapat dikesan. Memang putus asa sangat. Namun Bikash begitu memberi galakan dan semangat. Melalui YM, langkah demi langkah diajarnya saya yang agak payah faham ini.... Akhirnya siaplah blog ini. Terima kasih buat Bikash. Juga buat adikku yang tidak jemu membina blog buat kakaknya ini. Salam mesra buat semua.

No comments: