Monday, September 8, 2008

HANYA SEBATAS INI,karya Indah Hairani terbitan Buku Prima. Novel ini saya hayati dgn sepenuh perasaan. Jalan cerita yg begitu membekas di hati dan jiwa saya. Menghayati novel ini, sy berasakan Qaseh (wtk utama nvl ini) adalah sy. Qaseh adalah isteri yg baik, ibu yg penyayayang, teman yg memahami,boleh dikatakan dia terlalu sempurna sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu. Tetapi kesempurnaan yg dikagumi teman2 itulah membuka pintu duka buat Qaseh.Moral daripada cerita ini, kdg2 terlalu sukar untuk memiliki kesempurnaan itu sekali gus. Itulah yang terjadi pada Qaseh.Tanpa sedar, Qaseh sendiri yg membuka pintu duka buat dirinya. Perasaan yang tercurang (boleh ke perkataan ni?) di bawah sedar, tidak cuba dibendung sekuatnya hingga berlanjutan terhadap Rani Ramdani membuatkan Qaseh berasa bersalah pada suaminya. Perasaan bersalah itu yg menjadikan emosinya kacau bilau. Hingga tercetus segala yg tidak akan diduga pembaca. Daripada awal hingga akhir, novel ini begitu menggoda perasaan saya untuk terus menghabiskan. Penyudah novel ini memang tidak terjangka, tetapi itulah realiti hidup ini. HSI mampu membuatkan pembaca diamuk pelbagai emosi.

Saya syorkan mereka yang bergelar isteri membaca HSI. Bukan bermakna mereka yg belum kahwin tidak boleh baca, tetapi buat mereka yang bergelar isteri, pasti sedikit sebanyak, ada antaranya yang berjiwa serupa Qaseh. Hayatilah sepenuhnya HSI.

1 comment:

Indah Hairani said...

Assalamualaikum Fatin..percakapan Fatin mengenai Hanya Sebatas Ini..seperti pada kulit, saya menulis dengan penuh perasaan. Pada saya urusan hati adalah urusan yang sangat rumit. Saya garapkan watak Nur Qaseh sebegitu rupa menjadi ia contoh untuk sifatnya yang baik dan pengajaran dari kesilapan yang dilakukannya. Manusia adalah lemah...salam karya buat Fatin. Anda juga hebat! saya ingin banyak belajar dari anda.