Sunday, November 16, 2008

jiwa kacau, hati bercelaru

Akhir2 ini jiwa saya seakan kacau, fikiran pun bercelaru. serba tidak kena sesuatu yang dibuat. hendak memakai toner muka, tercapai botol minyak rambut (wrna dan bentuk botol lebih kurang sama). hendak pakai krim siang terambil krim malam. mahu pakai krim siang, tercapai krim malam. paling haru, semuanya sudah disapu ke muka baru perasan kesilapan semua ini. aduii...
tambah pening fikirkan monitor saya yang dihantar ke kedai untuk dibaiki, sudah hampir tiga minggu lamanya. tiga minggu lamanya saya tidak menyentuh sebuah manuskrip yang sudah siap, cuma mahu edit kali terakhir dan hantar kepada penerbitan. jiwa sy sudah meronta2 untuk menghantar manuskrip itu...ada pula aralnya. entah bila akan siap. sudah terlalu lama rasanya sy menunggu. penantian mmg satu penyeksaan...

2 comments:

Unknown said...

hehehe... capai slh takpe...
sy capai sampai terpecah. hangus duit haku!
apa2 pun hrp akan senang hati lepas ni ;) kuat, tabah & kembali bersemangat.

Novelis Aleya Aneesa said...

alahai... cakap pasal krim muka... baru isnin lepas, pas balik dr kg... sy kunun2nyer nak tido... cuci muka, pakai toner, capai krim, sapu rata kat muka, dan... baru sedar... yg sy pakai beria2 tu... krim siang da... tp, sy biar aje dah terus tidur sb malas... lena pulak tu. agaknya pas ni kena buat cm tu gak klu nak tidur lena. hahaha...

***
Bikash - capai pecah... dasat tuh... lg dasat sb kena keluarkan duit bayar...