Sunday, November 30, 2008

salah siapa?

hari ini saya temankan kwn yg menjadi bendahari sebuah persatuan untuk mengeluarkan wang di bank. org agak ramai dan lama terpaksa menanti nombor giliran. saya dan kwn sempt lagi jelajah kedai2 berdekatan dan kami beli kain psg sepsg seorng. pergi semula ke bank, giliran nombor kwn saya. ermmm....pandai kami set masa.

di kaunter, kwn saya ditegur dgn agk kasar kerana katanya cara kwn saya hendak keluarkan wang itu salah dan tidak menepati etika pengeluaran wang sesebuah persatuan. kata kwn saya selama menjadi bendahari dgn cara itulah dia mengeluarkan wang. tandatangan dua ahli persatuan diambil termasuk kwn saya tu. seorg ahli lagi hanya tandatangan dan tidak perlu dtg. cukup dgn seorang berserta cop persatuan. alih2, hari ini kata si kerani itu, tidak boleh dan tidak kena cara mengisi borng. terkedu kwn saya kerana selama ini okey saja dia keluarkan duit dgn kaedah yg sama.

lagak si kerani itu memberi penerangan dgn muka yg masam seolah kwn saya itu bingung dan tidak tahu langsung kaedah pengeluaran wang. sepatutnya sebagai kakitangan, dia memberi penerangan dgn cara elok. saya yg berada di sisi kwn saya jadi naik angin dgn tingkah kerani itu. lalu saya tanyakan prosedurnya dan dia menjawab dgn kasar dan acuh tidak acuh. naik angin saya dan percakapan pun jadi kasar/tidak bersopan dek amarah.

kerani itu memanggil seorang kakitangan dan meminta memberi penerangan pada saya. katanya dulu mmg boleh dgn cara begitu tetapi kini bank berkenaan dinaik taraf dan byk peraturan diketatkan. dia memohon maaf atas kesuliutan.

kami berkedar dgn perasaan yg kelat lantaran kurng puas hati. begitu pun sy masih smpt ucpkan terima kasih kpd kakitangan yg memberi penerangan itu. geram saya masih berbuku. hingga akhirnya, saya berfikir sendirian, salah siapa sedikit pertelingkahan yg tidak terjangka itu? barangkali jika si kerani menerangkan dgn elok, saya tidak akan naik angin. barangkali jika saya tidak mudah marah, dia tidak akan menunjukkan sikap yg demikian. ermm....sy kesal krn mudah sgt naik angin. tapi kata kwn saya, kerani itu yg salah kerana tidak mesra alam. apa pun, saya berasakan tidak sepatutnya ini yang berlaku. benarlah sabar itu kekuatan iman. dan saya mmg kurang sabar....inilah kelemahan diri saya....

No comments: