Sunday, December 28, 2008

TAK SERUPA TAPI SAMA

saya mmg salah seorang penggemar slot cerekerama. boleh dikatakan tak pernah miss menontonnya. cerita2nya selalunya tidak mengecewakan. cerekerama semlm tajuknya tak serupa tapi sama. ermmm....drpd tajuknya, sy sangkakan cerita berunsur komedi tetapi drama ini bg sy sebuah drama yg berat dan sarat dgn pengajaran. juga drama yg mesmbawa keinsafan. membuatkan sy berfikir dr awl hingga akhir cerita. sy buknlah seorng yg layk untuk memberi komen namun drama ini penuh dgn pengisian. jalan cerita yang kelainan, lain daripada yg lain.

kesimpulan yg diperolehi, sesuatu yang baik itu tidak semestinya sempurna. sesuatu yang jelek itu tidak semestinya buruk. benarlah, menilai buku bukan drpd tajuk mahupun kulitnya. tetapi harus menyelami dan membacanya. menilai manusia bukan drpd perwatakan, perawakan mahupun cara berpakaian, tetapi dekati dan berkawanlah terlebih dulu seblum dibuat rumusan. kesempurnaan seseorang dripd penilaian dan pndangan orang lain, bukn dripda diri sendiri. hanya ALLAH yg maha mengetahui tahap seseorang itu. itulah mesej drpd drama TSTS. tahniah buat penulis skripnya, nor faznita. sy mmg meminati karya2 penulis skrip ini. di bawah ini sy sertakan sinopsis drama berkenaan yg sy ambil drpd blog penulisnya. sebuah cerita yang amat hebat di mata kasar, mata hati dan akal saya.


SINOPSIS
‘TAK SERUPA TAPI SAMA..’

Apabila kita orang Islam berakhlak rendah, agama Islam itu sendiri mendapat impak yang negatif. Bagaimana kita mahu membuktikan agama kita terbaik dan sempurna tatkala kita penganut agama tersebut bukan manusia yang terbaik?

Rata-ratanya terdapat 2 golongan penganut agama islam:

i) Umat islam yang berakhlak rendah namun baik amal ibadatnya i.e. sembayang tak tinggal, puasa sunat namun bercakap kasar, pengotor, sombong etc.
ii) Umat islam yang berahklak tinggi namun rendah amal ibadatnya. Rajin bekerja, mesra, murah hati,namun tinggal sembahyang, tidak membaca al-quran dsbnya.

Kisah “Tak serupa tapi sama’ bertujuan memaparkan kedua-dua jenis golongan ini. Belinda, 24 bekerja di sebuah stesyen TV di Kuala Lumpur. Seorang yang dinamis, berbudi bahasa namun pegangan agamanya longgar. Keluarga Belinda terdiri daripada bapanya, Tajuddin dan ibunya Jauriah. Mereka adalah tipikal keluarga Melayu yang baik pencapaian duniawinya namun keterbelakang dalam soal-soal agama.

Nusri, 25 anak kepada kakak angkat Tajuddin. Nusri menumpang duduk di rumah keluarga Belinda kerana baru mula bekerja di Kuala Lumpur. Apabila Nusri tinggal di rumah Belinda wujudlah perbezaan cara hidup yang ketara. Nusri sangat menjaga ritual-ritual Islam seperti sembahyang, sering berpuasa sunat dan sebagainya. Nusri prejudis terhadap Belinda dan keluarganya yang dianggapnya sesat.

Belinda telah dicabul oleh beberapa pemuda sewaktu pergi ‘clubbing’. Pada waktu itu Belinda memohon kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkannya dan dia berjanji untuk sujud kepada Allah sekiranya dia selamat. Belinda selamat namun dia lupa pada janjinya dengan Allah.

Belinda terlibat dalam penerbitan rancangan berteraskan cara hidup orang melayu tempatan. Belinda pergi ke kampung Nusri untuk mendapatkan bahan bagi programnya. Sampai di rumah Nusri Belinda mula melihat pelbagai perkara yang tidak elok di dalam kehidupan Nusri dan keluarganya.

Keluarga Nusri terdiri daripada bapanya Haji Nurjani, ibunya Mardiah, adik lelakinya Nuruddin. Nurjani sangat keras dan sombong orangnya. Rumah Nusri kotor, bilik airnya busuk. Haji Nurjani melayan isterinya dengan kasar. Belinda menegur cara Nurjani terus berlaku pergaduhan besar dan Belinda lari balik ke Kuala Lumpur. Namun dalam perjalanan ke Kuala Lumpur keretanya di tahan anak-anak muda kampung dan dia mahu dirogol. Nurruddin adik Nusri yang merancang semua ini.




No comments: