Tuesday, September 30, 2008

hati yang terusik

semalam, 29 ramadhan, hari terakhir menunaikan solat terawih bagi ramadhan tahun ini. entah mengapa, kali ini hati menjadi begitu sayu untukberpisah dengan ramadhan, tidak seperti ramadhan2 yg pernah dilalui sebelum ini. mungkin sebab usia yang semakin meningkat dan kesedaran yang semakin dirasai....
terawih malam terakhir ini, juga mencatat sebuah kisah yang meresapkan keinsafan dalam diri. dlm menuju ke surau untuk berterawih, saya bertembung dgn seorang mak cik di kg yg setiap malam menunaikan terawih. mlm ini dia berjln sedikit huyung, sekejap ke tepi dan sekejap ke tgh. mak cik ini kurng upaya penglihatan. sy memimpinnya ke surau. sy bertanyakn keadaannya yg begitu dan dia memberitahu yg dia kurang sihat dan pening2. kata sy, kalau x sihat, x perlulah dtg berterawih, mak cik rehat sajalah. namun katanya dia gagahkan jua untuk ke surau krn malam ini adalah terawih yg terakhir dan dia mahu memenuhkan ibadah terawihnya yg blm pernah ditinggalkan pada ramadhan kali ini. jwpn mak cik itu membuatkan sy terdiam seketika, rasa pilu dan insf dgn alasannya. dlm keadaan diri yg kekurgn dan tidak sihat, mak cik itu ttp mahu berterawih sedgkan betapa ramai mereka yg sihat fizikal dan mental lngsung tidak berterawih. surau yg luas hanya sekerat dipenuhi mereka yg berterawih. semakin hari, semakin susut isinya, bukan semakin ramai. algkah kesalnya sdgkan malam2 penuh rahmat ini terlalu besar pahala yg ALLAH janjikan.
semoga sy akan tetap mampu memenuhkan terawih sy pada ramadhan2 yg akan datng selagi hayat dikandung badan...insya Allah...
semoga manisnya ramadhan, akan tetap dapat kita kecapi pada thn depan...

No comments: