Friday, October 3, 2008

syawal yang pilu

salam buat semua yg sudi bertamu. selamat hari raya aidilfitri.
syawal yg ke3, sy sudah menulis dlm blog. hati meronta2 untuk melakarkan kisah ini. kisah duka dan pahit seorang teman dlm syawal ini. rapuhnya hati sy sewaktu menaip cerita ini. ternampak2 di mata ini wajahnya yang penuh luka, air mata dan sayu. air mata sy turut menitis kala cerita ini saya lakarkan. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
teman saya, laili, ibu muda beranak tiga kematian dua anaknya pada ptg sehari sblum 1 syawal. bangsal menjual tembikai emak laili dirempuh kereta yg terbabas. waktu itu emak laili dan dua cucunya (ank2 laili) berada di bangsal itu. si nenek waktu itu sdg bersolat dan dua cucunya sdg bergurau senda. sedar2, sesudah solat si nenek terkejut melihat buah2 tembikai yg pecah bertaburan. ketika itu dia masih belum menyedari dua cucunya yg sudh maut akibat rempuhan itu. hinggalah dia melihat dua tubuh kecil yg terkaku di sebalik kain khemah. katanya kedua kanak2 yg berusia 9 thn & 6 thn itu sudah tergolek kaku. kecederaan yg begitu menyayat hati, kecederaan yg sgt parah.
laili waktu itu dlm perjalanan untuk ke rumah ibunya untuk menymbut hari raya esoknya. anak2nya sudah dihantar awal beberapa hari sbb anak2 merengek mahu bersama nenek mereka. rupanya itulah panggilan ajal yg sudah menetapkan hanya setakat itu shj nafas keduanya terhembus.
sy tahu berita ini pada hari raya. ptgnya sy dgn kwn2 ke rumah laili. wajah pilunya menyambut kedatangan kami. melihat saja air mukanya yg teduh, mudah saja tangisan sy mendahului suara. pilunya seakan mampu saya jiwai. di hari yg penuh kemuliaan, dalam suasana yg semua sedng bergembira, dia diuji dgn kesedihn begini. berderai air mata seorg ibu kala bercerita mengenai kejadian itu. disulami dgn kasih syg dan kecintaan seorng ibu yg tak akan pupus hingga ke nafas terakhir. sy dan kwn2 juga menangis sama. sukarnya seorng ibu untuk menerima kehilangan yg mengejut ini. namun janji ALLAH sudah begitu ketetapannya. akan dinanti ibunya di pintu syurga....
Alfatihah buat kedua arwah...semoga roh keduanya dicucuri rahmat.
buat laili, sabar dan tabahkan hati. redhakanlah pemergian ini. semoga laili dan keluarga dalam rahmat Yang Maha Esa sentiasa.....

2 comments:

Indah Hairani said...

Coretan Fatin tentang kejadian ini sangat memilukan..sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang tahu rahsia takdir..sampaikan salam kak Indah pada Laili. semuga roh anak-anak dicucuri rahmat. Dan pada Laili tabahlah menerima ujian Allah itu.

Novelis Aleya Aneesa said...

saya pun turut merasakan kesedihan kawan fatin hanya dengan membaca coretan fatin kali ni. tapi yelah... berat mata memandang, tentu saja lebih berat bahu kawan fatin memikulnya. semoga laili tabah menerima apa saja yang telah ditetapkan.