Monday, January 19, 2009

jalan2....terjumpa ini...

ReviewReviewReviewReviewBahagia KasihmuNov 7, '08 8:47 AM
for everyone
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatin Nabila
"Aku menanti angin membawa salam kasihmu ke ruang dadaku"


Penulis yg sama utk novel Dakapan Rindu :) Kali ini dia muncul lagi dengan Novel baru Bahagia Kasihmu. RAsanya masa pesta buku antarabangsa yang lalu baru saya tau yang Fatin Nabila dan Nur Hazma adalah orang yang sama. Dua novel Nur hazma yg saya dah baca adalah Bukan Terlarang dan Dialah Di hati. KEdua-duanya sangat menarik :)


Surprisingly ada rasa puas sebaik saja menutup novel ini. Ada yang membuat saya tersenyum. Heroinnya, Tasnim, seorg yang cantik manis tetapi mempunyai sejarah hitam kerana dia pernah menjadi warga sekolah budak2 nakal, Taman Seri Puteri. Di situ dia berubah menjadi insan yang lebih baik.


Fatin Nabila memperkenalkan Puan Zakiah di awal cerita tapi saya tak perasan langsung yang Zakiah yg sama adalah ibu Zarul. Twist yang menarik. Puan Zakiah merupakan org yang sentiasa memberi semangat kepada Tasnim utk meneruskan kehidupan semasa di Tmn SEri Puteri, tetapi apabila anaknya sendiri jatuh hati pada Tasnim, dia membantah sekeras-kerasnya.


Tasnim menyembunyikan kisah silamnya tapi kehadiran Nazril membongkar segala-galanya. Kebetulan pulak Nazril tu adik kepada Needa, menantu pilihan ibu Zarul tapi Zarul tak berkenan kerana ada rahsia Needa yang dia tahu. pakcik Idris seolah-olah memaksa dia memilih Needa kerana ada agenda besar tersembunyi.


Saya suka dengan cara Fatin Nabila mengolah perubahan Puan Zakiah. SEsetengah cerita terlalu mudah seorang ibu berubah fikiran dan menerima menantu pilihan anaknya. Tapi Puan Zakiah menjalani transformasi yang tidak mendadak. Kemalangan yg menimpa dirinya, Kehadiran Ehsan, menantu bukan pilihan menyelamatkan dirinya sehingga diri sendiri lumpuh, kehilangan Zarul, kehadiran Tasnim yang menjaganya melebihi ibu sendiri. Semua itu membuatkan puan Zakiah menyedari kesilapannya dan Zarul tak pernah silap membuat pilihan. Semua perkara ini tidak dipanjang2kan. Ia diceritakan dengan padat dan berkesan dalam beberapa helai muka surat sahaja.


Saya amat tersentuh dengan interaksi Tasnim dan ayahnya ketika di hospital. Mungkin saya teringat kat arwah ayah saya (al-Fatihah). Babak2 akhir memang sedih bangat. Tangkap nangis wo. Saya senang dgn watak Zarul yang bukan pak turut. Dia sentiasa menunjuk protes bila ibunya menyuruh dia berkahwin dengan Needa, malah dia sangat2 berterus terang dengan ibu bapa Needa yang dia tidak menyintai anak mereka. Selalu sangat baca watak hero yg dah suka kat heroin tapi masih nak ikut kehendak ibu bapa kawin dgn wanita lain n then tak berterus terang pulak tu dengan ibu bapa wanita berkenaan atau wanita itu sendiri.


TAsnim-Zarul. Saya paling suka interaksi mereka selepas berlaku salah faham kat gerai rojak. Tasnim marah2 sebab Zarul menghilangkan diri sehingga tak pedulikan ibunya yg terlantar di hospital. manakala Zarul pulak fikir TAsnim tak nak kawin ngan dia sbb dia dah jadi penjual rojak.

Dgn restu keluarga, Zarul cuba memikat Tasnim semula tapi Tasnim tu dah pandai jual mahal. Ikut perancangan Zarul dia mahu bertunang dan berkahwin tahun berikutnya tapi Tasnim mengakui dia tak bersedia. Jawapan yang Zarul tak nak dengar. So Zarul buat rancangan rahsia. Tau2 jer 2minggu kemudian Tasnim dah kena kawin ngan dia.

saya ucapkan terima kasih yg tidak terhingga kpd pembaca yg memberi komen ini. tidak menyangka ada yg memberi sebegini perhatian terhadap karya saya. komen ini bg sy sangat manis sekali. terima kasih krn memberi komen untuk novel Bahagia Kasihmu ini. terima kasih kerana membaca novel2 saya. salam manis buat rinn...

2 comments:

RinnTis said...

Salam :) terima kasih sudi baca review saya yang tak seberapa tu. saya memang look forward to your novels :) setakat ni saya dah baca 4 of your novels dan keempat2nya saya dah review kat multiply saya :) terima kasih kerana menjadi novelis :)

[t][q][a][h] said...

shuke cite ni..hihi..
br abis bc sbb ari tu bz ngn exam..
abis exam trs bc..rela xtdo..hihi