Tuesday, February 3, 2009

gerun membayangkannya....


sdg enak bersantai sambil membaca novel, sy menerima panggilan telefon daripada kwn yg baru sebulan lebih berkahwin. sy yg gemar mengusik ini terus saja bertanya soalan lazim kepada pengantin baru 'dah ada apa2 ke?'... agak lama dia terdiam sblum nafasnya terhembus dgn sarat dan resah. sy kaget seketika. mcm ada sesuatu yg tidak kena. mengenai apakah? masakan mengenai rumah tangga. dia baru lagi berkahwin, masih dalam suasana pengantin baru...hati mula mencerakin sendiri. seketika kemudian terdengar dia menahan esakan. sy semakin tidak keruan. dlm esakan dia bercerita;
"Aku tak tahu nak beritahu siapa lg, makin disimpan dan dipendam, perasaan aku sakit. aku perlukan teman untuk bercerita. aku tak boleh beritahu mak ataupun adik beradik aku, nanti mereka risaukan aku."
"Aku sudi dengar masalah kau. ceritalah pada aku. kita mmg perlukan seseorang untk berkongsi segalanya dgn seseorg. kalau hal yg gembira, kau beritahu aku. hal yg sedih pun aku sanggup pinjamkan bahu aku untuk kau," ikhlas sy berkata.
"Aku gaduh dgn suami aku. aku...tak blh nak terima dia marah dan maki aku macam tu." perasaan sy berdetak kala dia menyebut mengenai perkara ini. ceritanya, dia memandu kereta suaminya dan sedikit gopoh, wiper kereta itu patah. suaminya menyeranah. "Hei, b**i, ber**k, kau ingat kereta aku tu murah? ingat sng aku cari duit beli kereta?"
Kata kwn sy, dia terkedu dan tergamam dimarahi serupa itu. dia terima dia dimarahi krn melakukan kesalahn itu, tetapi kata2 itu sukar untk diterimanya. apatah lg drpd seorn suami. jelas yg suaminya lebih mmntingkan harta benda daripada isteri. krn hal itu, katanya tiga hr dia ditinggalkan sendirian di rumah. suaminya balik tidur di rumah emaknya. kbtulan rumah emak si suami tidak jauh dr rumah mereka. katanya sepanjang hr dia menangis dan menangis. suaminya mematikan talian telefon bimbit. langsung suami tidak risaukan dia seorg diri di rumah. katanya lagi seblum ini dia ada bergurau dgn suaminya sambil menonton TV. suaminya sedikit kasar dan tgnnya berasa sakit dek gurauan itu, spontan dia mencubit lgn suaminya. terus suaminya meninggalkannya dan malam itu tidak tidur sebilik.
sy terkedu mendengar ceritanya. bygkan mereka br sebulan berkahwin. masih dalam cinta yg menghangat, tetapi sudah begini jadinya. bagaimana untuk smpai ke akhir usia? sy yg laser ini smpt bergurau. 'hr2 kau makan hati berulm jantung nnti.'
sy jd gerun membayangkannya. kita mengimpikan kehidupan yg baik dan bahagia, tetapi rahsia Allah, tiada siapa yg mampu meramalnya. kwn sy dan suaminya hanya kenal dlm tmpoh lima bulan sblum berkahwin. mereka ditemukan oleh org tgh dan sama2 berkenan. faktor itukah penyebabnya? sukar untk disimpulkan. sepupu sy berkenalan dlm SMS selama dua bulan sblum bersua muka. seminggu slpas bertemu, mereka bertunang. sebulan kemudian berkahwin. kini sudah dua thn lebih usia perkahwinan mereka dan dlm situasi yg bahagia.
usia perkenalan bukan ukuran. ada org bercinta bertahun2 tetapi kahwin sekejap sudah bercerai. sikap dan kematangan yg perlu dlm sebuah perkahwinan. keserasian dan kefahaman perlu dipupuk saban hari, berusaha membina yang terbaik di samping mencari keredhaan Allah dlm apa jua yg kita lakukan. hidup ini mmg berbagai rencahnya. nasib kwn sy diuji sebegitu di awal perkahwinan. buat kwn sy, bersabar dan tabahlah. berdoalah agar si suami berubah. sy mendoakan yg terbaik buat kwn sy. semoga rahmat Allah bersamanya...






5 comments:

Hafirda Afiela said...

memang tak dapat nak bayangkan, kak...

Lynn Dayana said...

Ke mana hilangnya rasa belas suami ya?

bisikan senja said...

Maa..
bila terbaca keluhan kawan maa ini abang rasa terpanggil untuk menyatakan pendapat abang dalam soal ini.
perkara ini seharusnya di bawa berbincang secara berdepan dengan suami dan isteri dengan jalan yang terbaik.
contohnya carilah titik-tolak untuk menjernihkan kembali perhubungan yang masih baru berputik itu.
kalau berdiam diri itu menunjukkan kesalahan sendiri walaupun kita tidak melakukannya.
paling akhir kita tidak boleh sembunyikan perkara seperti ini kepada orang paling rapat dengan kita terutama keluarga kita. itulah orang tengah yang paling terbaik.
kita jangan menyalahkan sebelah pihak sahaja tapi kita mesti bersifat ingin tahu mengapa perkara itu harus terjadi di samping terus menyemai sifat sabar dalam menempuh dugaan hidup yang pasti boleh mematangkan diri untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar ini.

HANI FAZUHA said...

Kesiannnn....rumitnya hidup sebab kita tak nampak hati yang di dalam tu

Eny said...

fatin,
mmg gerun. tak dpt nak bygkan klu org yg paling kita syg jerkah dengan 'lovely words' mcm tu.
hope kwn fatin bersabar.