Saturday, April 4, 2009

novel terbaru saya..............


SYURGA DI HATI

Penulis: Fatin Nabila
Halaman: 512
Harga: RM19.90

ISBN: 978-983-124-431-9

Sinopsis:

AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.

Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan ma ruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah tangga yang bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yang terlalu banyak likunya.




ARIFF dan ERIN. Itulah makna cinta bagi keduanya. Pertemuan yang memutikkan dua perasaan. Mekar mengharum di taman cinta. Seluruh kasih dihamparkan. Selautan sayang direntangi. Demi sebuah cinta, seribu halangan sanggup ditempuhi.


CINTA. Realtinya tidak seindah angan dan seasyik impian. Bukan mudah untuk menggapai bahagia. Kiri kanan, berliku denai kepahitan yang perlu dilalui. Di kala ego berkelana dalam diri, sebuah cinta menjadi taruhan. Di hadapan, belum pasti bagaimana akan akhirnya. Kemanisan cinta dibiarkan bergantungan tanpa kepastian.


Hingga bila aku harus menanti? Aku sudah tidak berdaya bernafas dalam angan-angan. Impian yang kukendong seakan tidak tertanggung lagi. Air mata ini sudah membanjiri kolam hati. Mengapa aku diperlakukan begini? Apa salahku? Mengapa meninggalkan derita ini padaku, sedangkan kau tahu Ariff, betapa aku amat mencintaimu. Sungguh seksa aku mencempung rindu ini. Rindu yang tidak berpenghujung. Andai mampu, ingin aku melupakanmu, ingin aku membencimu. Tetapi aku tidak berdaya. Semakin hari, rindu ini semakin sarat. Setiap detik, kenangan bersamamu menderu di ingatan, sedangkan engkau, entah di mana? Aku sasau kerana mencintaimu. Cinta yang tak mungkin akan mati dalam diri ini.


“Erin, sekuntum cinta yang pernah kita bajai berdua, setiap saat merimbun di hatiku. Cinta itulah yang menjadi penawarku. Betapa aku amat mencintaimu. Sepenuh jiwa, aku amat menyayangimu, isteriku”

7 comments:

CikMin said...

salam fatin..bz ye...lama kita x ym...akak nak beli la buku ni..yg siap ada tandatangan fatin...buleh?

Hezzy Azra... said...

Salam Fatin,
Tahniah dengan kelahiran novel terbaru! Semoga terus berkarya!

Durrah Fatiha said...

Salam Fatin,
Tahniah atas kelahiran nvl terbaru. Jumpa kat pesta buku nanti...

Ilyah.... said...

Salam...dh lama menanti karya terbaru Fatin.....akhirnya keluar jua.x sabar nk beli...teruskan berkarya...cayuk....

aku yang terpunya said...

alhamdulillah...jumpa nanti kat pesta buku ek...

~marwati wahab @ aleya aneesa~ said...

salam cik adik... tahniah buku baru dh kuar, x sampai hajat nk kuar sama... uwaaaa, hehehe... apa pun, moga terus maju dlm karya... jumpa nanti ye...

Fatin Nabila / Nur Hazma said...

kepada semua yang memberi komen, terima kasih byk2...

kak min, boleh sgtlah gitu. sy pun x sbr nak jumpa kak min

terima kasih kak hezy. selamat maju buat akak jugak

terima kasih kak durrah, insya Allah jumpa nanti

salam ilyah...dptkan SDH ya...terima kasih byk2

aku yang terpunya - insya Allah jumpa d PBAKL

aleya aneesa - terima kasih, nnti giliran baby awak pula...