Wednesday, September 17, 2008

salam...
syawal tinggal beberapa hari lagi untuk diraikan. berasa begitu pantas waktu beredar detik demi detik. di bandar, semuanya sudah meriah dgn suasana hari raya. lagu2 hari raya mula diputarkan di corong2 radio. ada sesetengah lagu yang begitu mengusik jiwa. boleh jadi terharu dibuatnya. saya paling suka lagu m.nasir, satu hari di hari raya. lagu ini benar2 mengalunkan perasaan saya.

persiapan hari raya ala kadar sahaja. saya dari dulu, mmg selamba dan ala kadar sahaja. semuanya serba ringkas sahaja. mungkin sebab terbiasa dari kecil lagi. dulu hidup tersangat susah, hari raya saya tidak sesempurna rakan2. tiada baju baru, tiada kasut baru.. pakai saja yg ada, yg boleh dianggap baru. tetapi tetap terserlah 'bukan baru'nya di kalangan rakan2. nak buat macm mana, hanya itu yg ada dan mmg x mampu untuk memiliki lebih daripada itu.

itulah kenangan yg x pernah luput dari ingatan. syukur dgn keselesaan yg ALLAH berikan kini. tidak lagi sesukar dulu biarpun tidaklah mewah, tetapi tidak juga susah. nostalgia kepahitan lalu, tetap manis dikenang kini. benar kata kak dyza ainun, kemiskinan lalu terlalu indah. indah sebab daripada kepahitan itu, kita membina azam demi kehidupan hari ini. kemiskinan yg memberi kekuatan. kepayahan yg mengajar erti ketabahan dan kesabaran. sekurangnya ada perubahan daripada kesusahan yg lalu...

buat semua, saya ucapkan selamat hari raya aildilfitri. mohon maaf zahir dan batin. semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNYA.

2 comments:

Novelis Aleya Aneesa said...

Hai Fatin... sedih baca n3 ni. Sy pun dulu agak x beruntung juga (sebenarnya x beruntung tu cuma ada dlm kepala sy mungkin). Ada sekali raya, rasa mcm x nak raya sebab x ada baju raya, tp ada kejadian yg benar2 ajaib masa tu yg buat kami adik-beradik rasa syukur sangat. ALLAH sentiasa tolong hamba2nya kan?

ALAF21FC said...

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.