Wednesday, December 31, 2008
jiwa kacau hati bercelaru 2
Sunday, December 28, 2008
TAK SERUPA TAPI SAMA
kesimpulan yg diperolehi, sesuatu yang baik itu tidak semestinya sempurna. sesuatu yang jelek itu tidak semestinya buruk. benarlah, menilai buku bukan drpd tajuk mahupun kulitnya. tetapi harus menyelami dan membacanya. menilai manusia bukan drpd perwatakan, perawakan mahupun cara berpakaian, tetapi dekati dan berkawanlah terlebih dulu seblum dibuat rumusan. kesempurnaan seseorang dripd penilaian dan pndangan orang lain, bukn dripda diri sendiri. hanya ALLAH yg maha mengetahui tahap seseorang itu. itulah mesej drpd drama TSTS. tahniah buat penulis skripnya, nor faznita. sy mmg meminati karya2 penulis skrip ini. di bawah ini sy sertakan sinopsis drama berkenaan yg sy ambil drpd blog penulisnya. sebuah cerita yang amat hebat di mata kasar, mata hati dan akal saya.
SINOPSIS
‘TAK SERUPA TAPI SAMA..’
Rata-ratanya terdapat 2 golongan penganut agama islam:
i) Umat islam yang berakhlak rendah namun baik amal ibadatnya i.e. sembayang tak tinggal, puasa sunat namun bercakap kasar, pengotor, sombong etc.
ii) Umat islam yang berahklak tinggi namun rendah amal ibadatnya. Rajin bekerja, mesra, murah hati,namun tinggal sembahyang, tidak membaca al-quran dsbnya.
Kisah “Tak serupa tapi sama’ bertujuan memaparkan kedua-dua jenis golongan ini. Belinda, 24 bekerja di sebuah stesyen TV di Kuala Lumpur. Seorang yang dinamis, berbudi bahasa namun pegangan agamanya longgar. Keluarga Belinda terdiri daripada bapanya, Tajuddin dan ibunya Jauriah. Mereka adalah tipikal keluarga Melayu yang baik pencapaian duniawinya namun keterbelakang dalam soal-soal agama.
Nusri, 25 anak kepada kakak angkat Tajuddin. Nusri menumpang duduk di rumah keluarga Belinda kerana baru mula bekerja di Kuala Lumpur. Apabila Nusri tinggal di rumah Belinda wujudlah perbezaan cara hidup yang ketara. Nusri sangat menjaga ritual-ritual Islam seperti sembahyang, sering berpuasa sunat dan sebagainya. Nusri prejudis terhadap Belinda dan keluarganya yang dianggapnya sesat.
Belinda telah dicabul oleh beberapa pemuda sewaktu pergi ‘clubbing’. Pada waktu itu Belinda memohon kepada Allah s.w.t untuk menyelamatkannya dan dia berjanji untuk sujud kepada Allah sekiranya dia selamat. Belinda selamat namun dia lupa pada janjinya dengan Allah.
Belinda terlibat dalam penerbitan rancangan berteraskan cara hidup orang melayu tempatan. Belinda pergi ke kampung Nusri untuk mendapatkan bahan bagi programnya. Sampai di rumah Nusri Belinda mula melihat pelbagai perkara yang tidak elok di dalam kehidupan Nusri dan keluarganya.
Saturday, December 27, 2008
Wednesday, December 24, 2008

SYADIA TAQWA gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.
Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu
Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilihan. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketiga-tiga cinta itu untuk terus menyendiri. Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Sebagai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.
Harga : RM 18.00 464 Halaman terbitan Alaf 21
Thursday, December 18, 2008
nilai secubit keperluan
sy suka jalan2 ke blog2 org lain. ada blog yang membuat sy tercuit hati. membaca catatan yang mampu buat sy senyum seorang. tidak kurang juga blog yang membuat sy insaf dan sedih. ke blog afiqah, hati sy syahdu. sy kagum dgn ketabahan mama dan papa afiqah yang tabah membesarkan afiqah yang OKU di rantauan. mama dan papa afiqah menimba ilmu di luar negara. ke mana sahaja pergi, afiqah akan dibawanya tanpa silu. sesetengh org malu dgn anak OKU. sewajarnya mama dan papa afiqah ini menjadi contoh dan ikutan pada semua ibu bapa yg ada anak OKU.
ke blog nor rafisah dan kak norhayati berahim, terimbas kenangan lalu. betapa ayam dan daging pernah menjadi makanan yg sngt mewah bg mereka suatu ketika dulu. sy kira ramai di antara kita yg pernh begini. dan sy juga salah seorang drpdanya. sewaktu sy masih kecil, di zaman sek rendh hingga menengah, ayam dan daging mmg makanan mewah bg klrga kami. amat sukar untuk kami belinya. harganya terlalu tinggi pd klrga sy waktu itu. bila dapatnya, sungguh2 sy dan adik pulun, seolah tulang aym pun mahu dimamah... sekrang ni, mcm membazir pula jdnya...nilai secubit itu amat berbeza dulu hingga kini. dulu bila dpt makan KFC, rs mcm mkn d hotel mewah. hari ini, tekak sy bagaikan tidak dpt merasai lg enaknya ayam KFC itu...kdg2 x jamah langsung bila makanan itu ada depan mata. itulah bezanya, zaman lampau dan hr ini. begitu pun, zaman yang payah itu amat manis nilainya...
bebrapa hr lalu, sy ajak kwn menjamu di rumah saya. kwn sy bawa anaknya bersama, budak lelaki usia 6thn. berselera budak tu makan udang, hingga habis diambilnya. kemudian dimintak lagi, sedangkan lauk udg sudah habis dimkn budak itu. hati sy amat tersentuh. sy fahm perasaan anak itu dan sy pernh berada dalam dirinya. bukan mudah untuk merasai makanan yg x mampu diperolehi. smbil usap kepalanya, sy janji akan mmbelikan udang untuknya. dan setiap kali bertemu, si anak akan bertanyakan tntg udang yg dijanjikan...hati sy bagai dicelur saat itu. sy amat berharap dpt menunaikn keinginan anak itu secepatnya...sudah lama pak cik van yg masuk menjual x bawa udang...
mmg sedih melihat makanan yg membazir. sedangkan btp ramai yg terpaksa mengikat perut lantaran x ada apa yg hendak dimakan. ramai yg hidup mewah, ramai juga yg masih ala kadar sahaja. hidup ini, mmg tidak akan habis pasang surutnya.
kita harus lebih membuka mata dan minda dalam perkara ini....
Monday, December 15, 2008
salam.....
selamat hari raya korban...
pada hari raya korban yang lalu, kampung sy tumbangkan 4 ekor lembu. dua ekor korban dari penduduk dan dua ekor lagi sumbangan MAIDAM (Majlis agama islam dan adat melayu) Terengganu. terima kasih kepada Maidam. semoga sumbangan ini akan terus berlanjutan untuk hari raya korban akan datang. dan ini adalah sumbangan kali keempat pihaknya. 4 ekor lembu sudah terlalu banyak untuk kampung sy yang tidak brp besar ini. rezeki yang amat kami hargai dan berbesar hati menerimanya.
semangat kerjasama yang dilakukan para penduduk begitu baik sekali. hampir kesemua anak2 muda sepakat melapah daging. inilah yang dikatakan org muda yang akan menggantikan org2 lama. semangat serupa inilah yang harus dimiliki. berbesar hati sy melihat para remaja di sini berkumpulan 'menghabiskan' 4 ekor lembu yg ditumbangkan. semoga semangat ini akan berterusan selamanya.
dan setiap kali hari raya, aidilfitri mahupun aidiladha, jiwa saya jd syahdu dan tersangat halus. begitu jugak tahun ini. sebbnya....biarlah tersimpan saja di sudut hati ini.