lama tidak bersiaran di sini...saya kehabisan idea untuk bercakap di blog ini..cerita mengenai novel berkisah di FB sahaja.. saya buka blog baru..harap sudi singgah di rumah baru saya. tumpang berteduh buat sesaat dua...hahaha http://seindah-budi.blogspot.com/
biarlah bulan bicara sendiri
Friday, October 21, 2011
Friday, August 19, 2011
assalamualaikum.... selamat menjalani ibadah puasa kpd semua pengujung blog FN...ada ke tidak pengunjung di blog yg selalu terpadam...hanya sesekali menyala. tuan blog sungguh pemalas mahu update blog...bilalah aura rajin menulis blog Aleya Anessa mahu meresap ke dalam diri saya ni..hahaha. hari ni rajin pula saya mahu menyinggah d blog sendiri yang bersawang. sebabnya sy baru shj pulang dari blog AA, teman saya yang sangat saya suka baca blognya.
bulan Ramadan sudah hampir ke penghujung. alhamdulillah, saya merasakan ibadah puasa kali ini lebih baik dari tahun2 nan lalu. memang sepatutnya itu yang kita rasainya kan? agar Ramadan terbaru memberi pulangan yang lumayan utk kita di akhirat kelak. ada saya baca satu kisah islamik, katanya biarlah Ramadan yang kita lalui .kita merasainya sebagai Ramadan yang terakhir. tahun2 akan datang, andai bukan kematian menjemput, belum tentu kita punya kesempatan utk melaksana puasa di bulan mulia ini. mana tahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan atau ada aral yang melintang. justeru, manfaatkan Ramadan yang dilalui ini sebaiknya. semoga kita mendapat keberkatan daripadaNya. amin.
rezeki Ramadan nan berkat, novel terbaru saya Setia Hujung Nyawa diulang cetak. novel yang terbit pertengahan bulan Julai 2011 diulang cetak pertengahan Ogos 2011. paling bermakna di bulan Ramadan ini untuk saya. syukur alhamdulillah. saya begitu terharu sekali. kesukaran menyiapkan SHN kini berbayar. terima kasih kepada pemilik alam semesta ini yang memberikan rezeki ini.

Sunday, July 3, 2011
assalamualaikum...
Alhamdulillah, akhirnya penantian terlerai. wah, ayatnya macam terlalu lama menanti. namun itulah yang sebetulnya. lama saya menanti novel ini...lebih lagi kerana tiada novel saya terbitan alaf 21 pada tahun 2010. dan kini, impian sudah di alam nyata..
saat terima cover novel ini dari editor yang mengedit nvl ini, moon, saya sangat teruja dan terpaku. sangat2 comel. jatuh hati dengan gambar dan warna pinknya. ditambah pula dgn blurb yang cukup menarik...hahaha saya dah terlambung dgn novel sendiri.
kepada semua penggemar novel, sudilah dapatkan SHN. sebuah kisah kahwin paksa...ada duka dan air mata. cengkaman rasa seorang perempuan yang terlalu mencintai suaminya. kpd yg membaca, sudikanlah komen2 ya.....terima kasih..

Tuesday, June 28, 2011
assalamualaikum
n3 kedua di bulan julai. wah rasa macam rajin bebenor sy menulis blog bila gini. ingin sy melakar suara hati di sini. suara hati yang mencengkam yang tidak terluah melalui kata. berchating dgn kawan, dia berkisah kepayahan lalunya dan air mata sy menitis dgn lajunya bagaikan hujan yang sgt lebat. berbicara mengenai masa lalu, sy pejam mata dan membiarkan air mata jatuh berderai. hati dan perasaan tika itu, tidak mampu dizahirkan. rasanya masa lalu (zaman kanak2 / remaja) sy tiada manisnya. hidup yg suram dan kelabu... walau ada tikanya pasti ada manisnya, namun sy lebih ingat dan dekat pada kepahitan...entah mengapa sy berasa lbh dekat ngn kelukaan dalam zaman remaja / kanak2 sy.
hmm...bukan mahu bermuram durja, tapi sesekali mengenang kepahitan lalu, membuatkan jiwa ini lbh kuat dan tabah saat membanding hari lampau dan masa kini. terima kasih atas rahmatNya pada hari ini. namun kepahitan lalu adalah khazanah bermakna. yang mengajar sy banyak perkara dalam hidup ini. liku yang bercabang-cabang sy lalui dgn.....kehidupan hari ini adalah dari denai dan onak duri. dan pemberianNya sgt bererti. DIA tidak mensiakan hambaNya. terima kasih Allah.
sy masih terbawa syahdu oleh cerita kawan. dan sy nampak situasi yg sama dalam diri sy bertahun nan lalu. hmmm....kepahitan dan kelukaan yang tetap terasa dan kdg2 menghantui...terutama kala ada yg berkisah hal yg sama. oh, sungguh emosi malam ini...sambil menaip sy mengelap air mata....hahaha.
n3 malam ini sedih...hihi..sekadar berkongsi apa yg dirasai. semalam adalah kenangan. hari ini kenyataan dan esok...semoga sinar lebih menerangi...amin
Saturday, June 25, 2011
assalamualaikum...
n3 terkahir pada bulan januari. kini jun sudah ke punghujung dan julai bakal bertamu beberapa hari sahaja lagi. begitu lama saya tidak perbaharui blog. azam mahu menulis di blog lebih kerap hanyalah impian dan angan kosong. benar-benar saya sangat malas. tidak rajin macam kawan saya aleya aneesa yang rajin sekali menulis blog dan saya adalah salah seorang pembaca setia blognya. sungguh kesal saya dengan kemalasan ini...tapi saya percaya, selepas n3 ini, blog ini akan kembali berwasang....aduhai....kala virus M menyerang...
ingin menulis dan mencatat, tetapi saya bagaikan beku. tidak tahu apa @ bagaimana mahu diceritakan. sedang hari-hari dilalui, ada sahaja pahit manis yang boleh dijadikan cerita. mungkin juga saya mulai kehilangan idea untuk melakar ayat demi ayat menjadi sebuah kisah....tanda penuaan yang semakin nyata ya? hahahaha
novel terbaru saya, dwilogi cinta bertajuk Simpan Rasa Hati terbitan Fajar Paker, terbit pada bulan April 2011. kelahiran 'baby' yang selalu mengujakan saya. ceritanya agak lain, gaya penulisan yang agak berbeza dengan penulisan saya sebelum ini. gayanya ala-ala budak-budak remaja...hahaha...harap-harapnya percubaan ini diterima ramai. saya percaya ramai yang tersengih kala menatapnya sebab saya juga berperasaan demikian sewaktu menulisnya. mahu senyum dan hati bagaikan hangat dengan tingkah akash yang membuatkan Kyra kerap kali masam, manis dan pahit dengan tingkahnya. kepada yang mengikuti novel-novel saya sebelum ini, sudilah membaca SRH... sebuah kisah kasih yang tentunya mencuit hati...hiksss....(macam bagus pulak saya mempromosi novel saya)
SINOPSIS Simpan Rasa Hati
Hidup Kyra sarat dengan angan-angan. menyulam mimpi mahu jadi Cinderella. gadis biasa yang dilamar Prince Charmingnya. hidup bahagia sehingga ke akhir nafas. lalu dia memburu mimpinya. mengharap hadirnya seseorang sebagaimana yang dimimpikan.
hadirnya Akash seumpama mimpi. tiba-tiba sahaja lelaki itu berada dalam hari-harinya. Kyra menyampah, meluat dan jelek. mengharap mamat itu berlalu daripada hidupnya. tetapi semakin mendekat pula.
**** Jika ada yang sudah membaca, sudikanlah komen2....boleh emel atau komen sahaja d FB saya. sekian, terima kasih.
*** mood -debar menanti julai...ahakssss

Thursday, January 6, 2011
assalamualaikum...
hari ini 6 januari 2011. selamat tahun baru kepada semua. semoga tahun baru ini memberikan yang lebih baik buat kita semua. kita lebih berjaya + bahagia + gembira + beriman kala usia melangkah. segalanya harus bermula dari dalam diri. kemahuan untuk menjadi yang lebih baik dimulai keazaman dari akal dan hati..
sungguh lama tidak bercakap di sini. n3 terakhir tu, berzaman dah...sebetulnya saya semakin mati akal, apa mahu dicoret di blog. saya tak ada cerita, tak ada idea...walaupun saya rasa saya suka bercakap dan menulis..mungkin sejak ada FB, saya lakarkan di situ sahaja...huhu.
tidak tahu mahu menulis tentang apa di blog yang penuh makna ini...
melangkah di tahun baru, tiada apa yang berubah. aku tetap aku...hukhuk...bestnya ayat ni, entah dari mana asalnya ayat ini, kalau tak silap dari majalah kartun yang saya suka baca zaman muda dulu...hahahaa..dulu2 saya sangat suka baca majalah ujang. sekarang dah lama tak jumpa majalah tu. mungkin pertambahan usia, membuatkan saya pandang sebelah mata sahaja majalah2 sedemikian...hihi
semua orang ada impian, angan dan cita-cita. tiga perkataan ini membawa maksud yang sama. sesuatu yang diharapkan dapat dimiliki..ada orang memperolehinya dengan mudah. ada orang mengendong angan yang sama bertahun-tahun lamanya, sehingga penat dan tidak mampu mengendongnya lagi. biarpun ianya bukan sebuah beban yang mampu dilihat mata kasar.
apa yang kita mahukan, kdg2 tidak mampu menjadi hak milik. barangkali ianya memang bukan untuk kita walaupun kita berasa memerlukannya separuh mati. sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui. kdg2 dek terlalu mengharapkan sesuatu itu, kita terlepas pandang sejuta rahmat yang dilimpahkan kepada kita. betapa kesalnya jika berada dalam situasi sebegini.
bersyukurlah dengan rahmat yang diberi. pandanglah, bukan semua orang diberi sebagaimana yang kita ada. kita tiada yang orang ada dan orang tiada yang kita ada. ini adalah keadilan daripadaNYA. namun bukan bermakna kita tidak mampu memiliki sesuatu yang kita belum perolehi. barangkali lambat atau belum masanya untuk kita diberi...bersabarlah. doa + usaha + sabar + tawakkal. inilah yang kita harus sematkan di jiwa. mahu menelan kepahitan bukan mudah (macam telan / makan ubat yang pahit, semua orang jika boleh tak mahu ambil ubat. betul tak? tetapi yang pahit tu, kdg2 adalah penawar yang sangat bermakna. (makan ubat cepat baik. malas + degil mahu makan ubat, rasalah sendiri....)
percayalah pada rukun iman keenam. qada dan qadak yang sudah dituliskan buat kita sejak azali lagi. takdir kita adalah terindah dan terbaik buat kita. semoga kita lebih positif mendepani hari2 mendatang. yakin pada diri dan berlapang dada dengan sesuatu yang kita anggap menyesakkan dada dan fikiran. berdoa jangan jemu. doa mendekatkan kita kepada yang maha pencipta. dekat denganNYA akan buatkan kita lebih aman & damai fikiran. siapa tahu, impian yang diimpikan akan bertandang tidak diduga...amin..
Wednesday, June 23, 2010
salam
sy ada hobi baru, suka buat kek...yang mudah2 saja ya...hampir setiap minggu sy buat kek. anehnya sejak suka buat kek, sy kurang suka makan kek. dulu memang hantu kek, maunya ke coklat. jadi sekarang bila buat kek, beri kpd kawan2 makan...seronok sebab habis...sy upload gambar kek yg sy buat dalam minggu ni...nampak biasa saja tap gebus, lembut dan...sedap...( ini kata kawan sy ya...ahakssss)
Subscribe to:
Posts (Atom)