Thursday, January 6, 2011







assalamualaikum...


hari ini 6 januari 2011. selamat tahun baru kepada semua. semoga tahun baru ini memberikan yang lebih baik buat kita semua. kita lebih berjaya + bahagia + gembira + beriman kala usia melangkah. segalanya harus bermula dari dalam diri. kemahuan untuk menjadi yang lebih baik dimulai keazaman dari akal dan hati..


sungguh lama tidak bercakap di sini. n3 terakhir tu, berzaman dah...sebetulnya saya semakin mati akal, apa mahu dicoret di blog. saya tak ada cerita, tak ada idea...walaupun saya rasa saya suka bercakap dan menulis..mungkin sejak ada FB, saya lakarkan di situ sahaja...huhu.

tidak tahu mahu menulis tentang apa di blog yang penuh makna ini...


melangkah di tahun baru, tiada apa yang berubah. aku tetap aku...hukhuk...bestnya ayat ni, entah dari mana asalnya ayat ini, kalau tak silap dari majalah kartun yang saya suka baca zaman muda dulu...hahahaa..dulu2 saya sangat suka baca majalah ujang. sekarang dah lama tak jumpa majalah tu. mungkin pertambahan usia, membuatkan saya pandang sebelah mata sahaja majalah2 sedemikian...hihi


semua orang ada impian, angan dan cita-cita. tiga perkataan ini membawa maksud yang sama. sesuatu yang diharapkan dapat dimiliki..ada orang memperolehinya dengan mudah. ada orang mengendong angan yang sama bertahun-tahun lamanya, sehingga penat dan tidak mampu mengendongnya lagi. biarpun ianya bukan sebuah beban yang mampu dilihat mata kasar.

apa yang kita mahukan, kdg2 tidak mampu menjadi hak milik. barangkali ianya memang bukan untuk kita walaupun kita berasa memerlukannya separuh mati. sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui. kdg2 dek terlalu mengharapkan sesuatu itu, kita terlepas pandang sejuta rahmat yang dilimpahkan kepada kita. betapa kesalnya jika berada dalam situasi sebegini.

bersyukurlah dengan rahmat yang diberi. pandanglah, bukan semua orang diberi sebagaimana yang kita ada. kita tiada yang orang ada dan orang tiada yang kita ada. ini adalah keadilan daripadaNYA. namun bukan bermakna kita tidak mampu memiliki sesuatu yang kita belum perolehi. barangkali lambat atau belum masanya untuk kita diberi...bersabarlah. doa + usaha + sabar + tawakkal. inilah yang kita harus sematkan di jiwa. mahu menelan kepahitan bukan mudah (macam telan / makan ubat yang pahit, semua orang jika boleh tak mahu ambil ubat. betul tak? tetapi yang pahit tu, kdg2 adalah penawar yang sangat bermakna. (makan ubat cepat baik. malas + degil mahu makan ubat, rasalah sendiri....)


percayalah pada rukun iman keenam. qada dan qadak yang sudah dituliskan buat kita sejak azali lagi. takdir kita adalah terindah dan terbaik buat kita. semoga kita lebih positif mendepani hari2 mendatang. yakin pada diri dan berlapang dada dengan sesuatu yang kita anggap menyesakkan dada dan fikiran. berdoa jangan jemu. doa mendekatkan kita kepada yang maha pencipta. dekat denganNYA akan buatkan kita lebih aman & damai fikiran. siapa tahu, impian yang diimpikan akan bertandang tidak diduga...amin..




No comments: